E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN

24 May 2010

USM cipta plastik daripada kulit buah

GEORGE TOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi tampil dengan inovasi terkini apabila sekumpulan tiga penyelidiknya berjaya menghasilkan plastik mesra alam menggunakan konsep teknologi hijau bagi menggantikan plastik yang tidak boleh terurai untuk kegunaan pembungkusan.

Kumpulan penyelidik itu diketuai oleh Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Prof. Dr. Hanafi Ismail dengan dibantu oleh Prof. Madya Dr. Noor Aziah Abdul Aziz dan Ooi Zhang Xian dari Bahagian Sains dan Teknologi Makanan Pusat Pengajian Teknologi Industri USM.

Menurut Hanafi, plastik yang mampu terurai itu dihasilkan daripada bahan buangan buah-buahan tropika seperti kulit pisang, kulit rambutan dan kulit serta jerami buah cempedak.

"Pada masa ini, kebanyakan plastik komersial dibuat daripada petroleum dan gas asli yang tidak boleh terurai.

"Idea kami adalah untuk menyelesaikan masalah alam sekitar yang disebabkan oleh petroleum berasaskan polimer yang lengai dengan serangan mikro organisme dan tidak terurai," katanya pada sidang akhbar memperkenalkan produk berkenaan yang dinamakan Fruitplast di sini semalam.

Katanya, proses menghasilkan Fruitplast mengambil masa seminggu untuk menukarkan sisa buah-buahan menjadi lapisan plastik.

Kosmo Online

21 May 2010

Pengajaran lebih kreatif tarikan pelajar


PEMBELAJARAN melalui eksperimen, reka cipta serta penyelidikan yang kini dilaksanakan melalui subjek sains turut meliputi kemahiran hidup dan keusahawanan sejajar pelaksanaan kurikulum baru.Menerusinya elemen kreatif, inovasi dan kemahiran hidup diterapkan dalam proses pengajaran, pembelajaran dan pengajaran dalam semua subjek.Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menurut laporan akhbar berkata, menerusi pelaksanaan kurikulum baru itu, strategi pengajaran dan pembelajaran bakal menggunakan pendekatan tertentu.Ia membabitkan pendekatan penyelidikan membina, pembelajaran mengikut konteks serta penguasaan pembelajaran yang menggabungkan pelbagai teknik fokus.Malah, ia turut merangkumi uji kaji, perbincangan rakan sebaya, rangsangan, lawatan lapangan dan aktiviti menyelesaikan masalah yang membolehkan aplikasi sumber di dalam dan di luar bilik darjah.Namun, keberkesanan kurikulum baru ini bergantung kepada keupayaan guru memperbaiki amalan pengajaran dalam bilik darjah dan strategi yang harus diguna pakai.Antaranya pendekatan pertanyaan yang membina, pembelajaran mengikut konteks serta penguasaan penuh yang menggabungkan pelbagai teknik berpusatkan pelajaran.Bermakna guru perlu lebih inovatif dalam amalan pengajaran dan menggunakan pendekatan baru untuk merangsang pemikiran kreatif serta memacu potensi inovatif generasi muda.Pelaksanaan kurikulum baru itu juga adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan menyediakan dan memperluaskan pendidikan berkualiti.

Persoalannya, sudahkah guru bersedia dan adakah mereka mampu melakukannya?Berdasarkan bebanan guru yang semakin meruncing, tidakkah pelaksanaan ini menambahkan beban dan tekanan selain persoalan sejauh manakah aspek kualiti boleh ditampilkan?Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Md Atan berkata, pelaksanaan kurikulum baru itu perlu dilakukan kerana guru pada masa ini perlu lebih inovatif dan kreatif dalam pengajaran.

Menurutnya, cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlulah terkini dan tidak boleh terikat dengan modul lama kerana pemikiran pelajar sudah berubah."Kaedah yang digunakan kini lebih kepada teori, namun pada zaman serba baru ini, cara itu sudah ketinggalan kerana pelajar lebih agresif dalam pencarian ilmu."Sudah sampai masanya guru menggunakan mekanisme baru dengan menukar kaedah yang diguna pakai ke arah yang lebih inovasi, kreatif dan ke depan supaya pelajar juga tidak berasa bosan," katanya.

Pembelajaran subjek geografi umpamanya, pelajar lebih gemar maklumat berbentuk fizikal berbanding teori kerana mereka suka meneroka, bertanya dan melihat subjek yang dipamerkan termasuk tanah dan batuan.

"Jika teori saja, sudah tentu mereka bosan dan natijahnya bukan saja tidak berminat, malah boleh menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan gagal."Tapi jika digabungkan dengan fizikal serta kerja luar, sudah tentu mereka suka dan berminat. Guru perlu tahu perbezaan ini, justeru pelaksanaan kurikulum itu memang bersesuaian dengan kehendak sektor pendidikan masa kini," katanya.

Azam berkata, guru berinovasi perlu bersedia kerana cabaran dunia pendidikan kini sebagai tinggi dan sukar."Zaman sudah jauh berubah, pelajar semakin kreatif dan ada kalanya guru gagal memberi jawapan dikehendaki."Mengendalikan pelajar perlukan persediaan yang kuat, bukan saja emosi tapi juga pengetahuan ilmiah. Guru jangan berpeluk tubuh, sebaliknya perlu 'bergerak' seiring permintaan dunia semasa," kata Azam.

Sementara itu, Guru Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Agama Bestari Subang Jaya, Abdul Raouf Dahlan berkata, pelaksanaan kurikulum baru berkenaan lebih membebankan guru jika tugas remeh yang digalas tidak dimansuhkan."Kurikulum adalah tugas hakiki guru dan perlu dilaksanakan dengan cara terbaik. Bagaimanapun, dengan adanya tugas bukan hakiki guru seperti perkeranian, pelaksanaan ini lebih membebankan.Jika mahu melaksanakannya, tugas kurang penting itu wajar dimansuhkan supaya guru dapat beri sepenuh perhatian kepada pelaksanaannya," katanya.

Sumber : Harian Metro

20 May 2010

SKSD menerima Anugerah Peringkat Parlimen Pasir Salak


SKSD telah menerima Anugerah Peringkat Parlimen Pasir Salak atas kecemerlangan sekolah dalam UPSR 2009. Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran dalam Majlis Ceramah Perdana di Chenderong Balai pada 20 Mei 2010.

Pembelajaran Interaktif Pusat Sumber Gemilang SKSD


Pusat Sumber Gemilang SKSD melangkah setapak lagi dengan melancarkan Pembelajaran Interaktif Astro dari Pusat Sumber ke Pejabat Sekolah dan Kantin .Melalui cara ini murid-murid dapat belajar secara lebih berkesan di masa lapang melalui siaran Astro dan hasil kerja panitia melalui siaran tersebut. Menurut Cikgu Faizul Guru PSS SKSD idea ini adalah merupakan satu cara untuk meningkatkan kualiti pendidikan di SKSD, beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PSS yang bertungkus-lumus mengusahakan projek ini sehingga berjaya.

Selepas Gotong-royong

Gambar sebelum gotong-royong


14 May 2010

Cara mudah untuk terjemah teks dalam blog dan web


Perisian ini boleh dimuaturun bersama Firefox Add on. Ia banyak membantu kita untuk memahami teks yang dipaparkan dalam banyak bahasa. Cuba lah untuk mengetahui hasilnya.

09 May 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun


Peperiksaan Pertengahan Tahun bermula dari 10 -14 Mei 2010. SKSD juga terlibat dengan peperiksaan serentak seluruh daerah Hilir Perak.

07 May 2010

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR

Bengkel teknik menjawab soalan UPSR bersama SK Sungai Rusa hasil gabungan perkongsian pintar antara keduadua sekolah SKM dan penceramah yang dijemput antara guru-guru berpengalaman dan cemerlang dalam P & P.