03 March 2012

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK 2012

Jutaan tahniah dan syabas kepada Ain Iszuani Binti Samsudin (80 m larian berpagar ) dan Muhammad Mustaqim Bin Badrol Sham (lontar peluru) kerana mewakili kelompok 4 Hilir Perak ke kejohanan tersebut pada 8 Mac 2012. Selamat maju jaya dan mendulang emas.

BAYARAN BANTUAN KHAS RM100 MURID TAHUN 1 TAHUN 2012

Semua Guru Besar,
SK/SJKC/SJKT Negeri Perak.

Mohon kerjasama tuan untuk mematuhi Garis Panduan yang dikeluarkan sebelum ini di samping melengkapkan Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan RM100 dan dihantar ke Unit Hal Ehwal Murid daerah Hilir Perak U.P: Tn. Hj. Nur Khuzaizi b. Md. Yussoff sebaik sahaja urusan pembayaran selesai.

MAJLIS PENYAMPAIAN GERAN KELAB GURU

Pengerusi Kelab guru sekolah masing-masing bagi menghadiri majlis tersebut seperti butiran di bawah:

Tarikh : 9 Mac 2012 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Alamanda, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urus setia majlis (Hj. Amir Bin Kamarudin) di talian 0195521135.

PELAN TINDAKAN SAPS NKRA KPM 2012

Semua guru dikehendaki memuat turun pelan tindakan SAPS NKRA KPM 2012 di sini.
Untuk pengetahuan semua, SAPS NKRA KPM 2012 hanya digunakan untuk murid-murid tahun 3 hingga tahun 6 sahaja.

PUSAT SUMBER GEMILANG SK SUNGAI DURIAN






KHIDMAT BANTU PSS SESI 1/2012




Terima kasih kepada semua murid yang terlibat dalam menjayakan khidmat bantu PSS SK Sungai Durian sesi 1/2012.

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN