09 April 2012

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN MAHRAJAN KESENIAN ISLAM KELOMPOK 4/2012

Tahniah dan syabas kepada Muhammad Zakhir Zikry Bin Damizan kerana mewakili daerah Hilir Perak dalam tilawah Al-Quran kategori lelaki.

07 April 2012

MAJLIS BICARA INTELEK GURU (BIG) SEKOLAH RENDAH DAERAH HILIR PERAK

Dimaklumkan Bicara Intelek Guru (BIG) sekolah rendah kelompok 4 daerah Hilir Perak akan diadakan pada 25 April 2012 (Rabu) jam 2.00 petang bertempat di dewan rumah rehat Teluk Intan.

Sebarang masalah dan kemusykilan, sila hubungi Tn. Hj. Amir b. Kamaruddin, PPPD Teknologi dan Vokasional di talian 0195521135.

05 April 2012

APLIKASI SPPBS TAHUN 1/2012 DAN TAHUN 2/2012

Aplikasi Sistem Pengurusan Penilaian Berasaskan Sekolah (SPPBS) akan mula dibuka mulai 15 April 2012. Justeru, kerjasama kepada semua penilai dalaman hendaklah menyediakan dan melengkapkan eviden dengan segera.

PROTIM BAHASA MELAYU DAN MATEMATIK TAHUN 4, 5, DAN 6

Tarikh akhir pelaksanaan PROTIM adalah pada 6 April 2012. Semua guru bahasa Melayu dan Matematik tahun 4, 5, dan 6 perlu menghantar keputusan pra-ujian PROTIM pada atau sebelum 13 April 2012 kepada SU Peperiksaan Dalaman.

02 April 2012

PENGAMBILAN INSTRUMEN SARINGAN KHAS LINUS TAHUN 3

Dimaklumkan bahawa pengambilan Instrumen Saringan Khas Tahun 3 akan dijalankan mengikut ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 4 April 2012
Masa : 2.00 hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak

Sehubungan itu, mohon Penolong Kanan Pentadbiran hadir untuk mengambil instrumen tersebut dan menandatangani Borang Akuan Penerimaan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Norshamsiah bt. Hassan Basri, Penolong PPD Kurikulum (Bahasa) di talian 012-4340753 atau En. Mohd Azmin b. Samsuddin, Penolong PPD Sains dan Matematik di talian 012-5656349.

SARINGAN KHAS LINUS TAHUN 3

Dimaklumkan bahawa Saringan Khas LINUS Tahun 3 bagi daerah Hilir Perak akan dijalankan pada 5, 9, 10 dan 12 April 2012 mengikut kelompok. Bagi sekolah-sekolah yang menjalankan proses P&P untuk murid-murid tahun 3 pada sesi petang sila maklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab memantau sekolah tuan.Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Norshamsiah bt. Hassan Basri, Penolong PPD Bahasa di talian 012-4340753.

Perhatian : Tarikh pelaksanaan saringan LINUS Khas tahun 3 SK Sungai Durian akan diadakan pada 10 April 2012 (Selasa).

Harap maklum.

PROTIM TAHUN 4,5, DAN 6

Dimaklumkan bahawa Praujian PROTIM Bahasa Melayu dan Matematik Tahun 4, 5 dan 6 akan dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara dari 1 hingga 6 April 2012. Sehubungan itu, mohon pihak tuan memuat turun bahan Praujian PROTIM Bahasa Melayu dan Matematik Tahun 4, 5 dan 6 di portal PPD Hilir Perak.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

1. En. Zam Ma'mor b. Misiran, Penolong PPD Matematik (Rendah) di talian 017-7271226.
2. En. Ahmad Damanhuri b. Md. Mahayuddin, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) di talian 012-4415275.

Harap maklum.

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN