18 June 2012

MAKLUMAN SARINGAN 2 DAN SARINGAN 8 TAHUN 2012

1. Saringan 2 dan Saringan 8 untuk Membaca dan Lisan dijalankan mulai 18 Jun - 13 Julai 2012.
2. Pegawai-pegawai PPD akan memantau pelaksanaan saringan Membaca dan Lisan ini mulai 19 Jun.
3. Untuk Saringan 2, semua murid tahun 1 hendaklah disaring semula walaupun telah melepasi aras Perdana pada Saringan 1 yang lepas.
4. Untuk Saringan 8 pula, murid-murid yang menjalani saringan adalah murid Linus biasa dan murid Linus Tegar berdasarkan keputusan Saringan 6 tahun 2011.

Diharapkan pihak sekolah menerusi pengawasan pihak pentadbiran agar melaksanakan saringan Membaca dan Lisan seawal mungkin supaya proses pengulangan saringan dapat dijalankan dan keesahan pencapaian murid lebih berkualiti.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn. Hj. Mohamed Sapari b. Mohamed Arshad, Pegawai Kurikulum (Fasilinus) ditalian 019-5757193.

(Sumber : Portal PPD Hilir Perak)

PERTANDINGAN KOMPANG SELAWAT 2012

Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada kumpulan Al-Falah SK Sungai Durian dalam pertandingan kompang selawat yang akan diadakan pada 20 Jun 2012 di SK Perwira. Semua dijemput hadir memberi semangat kepada mereka.

PENGAMBILAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN (PPT 2012)

Dimaklumkan semua murid (tahun 3-tahun 6) boleh mendapatkan keputusan peperiksaan PPT 2012 masing-masing di Unit Peperiksaan dan Penilaian mulai 21 Jun 2012 (Khamis) dan 22 Jun 2012 (Jumaat).

Harap maklum.

14 June 2012

UCAPAN PENGHARGAAN

Pihak SUP Dalaman sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua guru kerana telah memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam pengisian markah PPT 2012 dalam NKRA SAPS.

13 June 2012

PELAN TINDAKAN SELEPAS PPT 2012

Tarikh
Perkara
Tindakan
11 Jun – 18 Jun 2012
Pengisian markah peperiksaan dalam SAPS.
Semua guru mata pelajaran.
14 Jun 2012
Analisis Item dan Post Mortem PKSR 1/2012.
(Pembentangan dalam Contact Time)
Semua guru mata pelajaran.
20 Jun 2012
Semakan semula keputusan peperiksaan dalam SAPS. (sekiranya ada bantahan)
SUP Dalaman Sekolah.
21 Jun 2012
Cetakan keputusan peperiksaan.
SUP Dalaman Sekolah.
22 Jun 2012
Keputusan PKSR 1/2012 diumumkan dan dikeluarkan.
SUP Dalaman Sekolah dan Guru Kanan HEM (memaklumkan kepada ibu bapa).

Mohon kerjasama daripada semua guru adalah amat diharapkan.

10 June 2012

TAHNIAH

Warga sekolah merakamkan jutaan tahniah kepada Pn. Nor Asiah Binti Ahmad (guru besar) di atas pengurniaan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) sempena hari keputeraan Sultan Perak Darul Ridzuan.


21 May 2012

MAKLUMAN SARINGAN KHAS LINUS TAHUN 2/2012

1. Seperti yang diumumkan dalam portal SAPS bahawa mulai 22 Mei 2012 (Selasa), pihak sekolah boleh mengisi data Saringan Khas LINUS Tahun 2 sekolah masing-masing.

2. Dipohon kerjasama penuh pihak tuan agar dapat memantau dan memastikan data tersebut dilengkapkan oleh guru mata pelajaran BM dan Matematik (Tahun 2) dan disahkan oleh Setiausaha Peperiksaan sebelum guru-guru pulang bercuti walaupun tempoh masa diberikan adalah selama 2 minggu. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah atau implikasi sekiranya data tersebut tidak dapat diisi kerana melewati tarikh ditetapkan oleh NKRA.

3. Pihak PPD (pegawai meja LINUS dan Pegawai FasiLINUS) diingatkan agar dapat memantau perkembangan pengisian data saringan khas ini dan elakkan pihak sekolah mengisinya di saat-saat akhir. Pelaksanaan Ujian Saringan Khas sepatutnya telahpun tamat pada 18 Mei 2012 (Jumaat lepas) kecuali bagi murid-murid yang tidak hadir semasa ujian saringan khas dijalankan. Murid yang tidak hadir ujian saringan khas ini sepatutnya diusahakan untuk mendudukinya kecuali murid yang TIDAK HADIR TEGAR (tak dapat dihubungi langsung). Mohon inisiatif daripada pihak sekolah dan PPD berhubung perkara ini.

4. Sebarang masalah teknikal dalam mengisi data, harap dapat menghubungi HELPDESK yang tertera pada portal SAPS sebelum menghubungi/maklumkan kepada pihak PPD masing-masing (pegawai FasiLINUS).

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN