10 July 2012

SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA 2012


Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2012 telah dilaksanakan pada 10 Julai 2012 di padang SK Sungai Durian. Senamrobik ini telah disempurnakan oleh Pn. Nor Asiah Binti Ahmad P.J.K (Guru Besar). Senamrobik ini di bawah pimpinan Miss Fatheeha.

PENYERAHAN ANAK ANGKAT UPSR 2012


SK Sungai Durian telah mengadakan program Mento-Mentee untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Majlis penyerahan anak angkat telah disempurnakan oleh Pn. Nor Asiah Binti Ahmad P.J.K (Guru Besar) pada perhimpunan agung.

1. Nur Nazurah Binti Hisam Mudin - Cikgu Munazir & Miss Fatheeha

2. Muhammad Zakhir Zikry Bin Damizan - Cikgu Dawam, Cikgu Khairuddin & Ustaz Najib

3. Siti Nurazmira Shafika Binti M. Rohadzid - Cikgu Azli & Cikgu Faizul

03 July 2012

UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA PENERIMA APC KPM 2011 DARIPADA TUAN PEGAWAI PPD HILIR PERAK

Kepada Semua Penerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak 2011

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang sepanjang tahun 2011. Penganugerahan ini merupakan penghargaan terhadap kecemerlangan yang telah dicapai oleh warga pendidik. Penganugerahan ini bukanlah penamat kepada usaha untuk mencapai kecemerlangan seterusnya.

Harapan saya perubahan dan penambahbaikan berterusan dalam meningkatkan kualiti kerja yang cemerlang perlu dilakukan untuk merealisasikan hasrat PPD Hilir Perak mencapai matlamat ‘Ke Arah Hilir Perak Nombor 1’ . Setiap program dan aktiviti sewajarnya dilakukan secara bersungguh-sungguh dan ikhlas hati. Tanggungjawab perlu ditunaikan dan sumbangan perlu diberi dan pengorbanan perlu dilakukan supaya hasil dapat dituai dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Zainal Abiddin bin Osman, A.M.P
Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak.

(Sumber:Portal PPD Hilir Perak)

01 July 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2012


Peperiksaan Percubaan UPSR 2012 akan dijalankan mengikut ketetapan yang berikut :

Tarikh : 11 Julai - 13 Julai 2012
Hari : Rabu - Jumaat

Jadual peperiksaan telah diedarkan kepada semua murid. (klik pada gambar untuk paparan yang jelas)

SELAMAT MAJU JAYA


SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 2012


Senamrobik 1Murid 1Sukan akan diadakan pada ketetapan yang berikut :

Tarikh : 10 Julai 2012
Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang SK Sungai Durian

Semua dijemput hadir.

23 June 2012

PESTA SUKAN, BALAPAN DAN PADANG KALI KE-15/2012

SK Sungai Durian akan mengadakan Pesta Sukan, Balapan dan Padang Kali Ke-15/2012 pada tetapan yang berikut :

Tarikh/Hari : 28 Jun 2012 / Khamis
Masa : 2.00 petang
Tempat : Padang SK Sungai Durian

Semua dijemput hadir.

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN