04 February 2013

SALAM PERPISAHAN



Warga SK Sungai Durian merakamkan salam perpisahan kepada Yang Berusaha Pn. Nor Asiah Binti Ahmad P.J.K (Guru Besar) kerana akan berpindah ke SK Tok Pelita, Pasir Salak ekoran kenaikan pangkat DGA 34. Selamat berpisah dan selamat bertugas di tempat baharu.

Pucuk Pauh Delima Batu,
Anak Sembilang di Tapak Tangan,
Walaupun Jauh Beribu Batu,
Hilang di Mata di Hati Jangan.

Ikhlas daripada : Warga SK Sungai Durian dan warga PIBG SK Sungai Durian.

31 January 2013

SEKALUNG TAHNIAH


Tahniah diucapkan kepada Pn. Nor Asiah Binti Ahmad P.J.K (Guru Besar) kerana telah dinaikkan pangkat ke DGA 34.


Tahniah diucapkan kepada (dari kiri) En. Muhamad Munazir Bin Mohamad, En. Ahmad Khairuddin Bin Mohamad Shuhaili dan En. Mohd Faizul Hafiz Bin A. Razak kerana telah menamatkan pengajian di peringkat Master Pendidikan.

Tahniah diucapkan kepada En. Dawam Bin Arshad kerana telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajian Sekolah Rendah di bawah Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR).

24 December 2012

SEMAKAN PENEMPATAN RK DAN KAA 2013

Semakan penempatan Rancangan Khas (RK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) 2013 boleh disemak mulai hari ini. sila ke ruangan 'SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN'.

JUALAN BUKU 2013

Kepada semua ibu bapa/penjaga dan murid-murid SK Sungai Durian.

Jualan buku akan dibuka pada 28 Disember 2012 (Jumaat) mulai jam 9.00 pagi. Kepada murid-murid yang masih belum mendapat buku teks, sila datang pada hari berkenaan.

Harap sebarkan. Terima kasih.

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN