17 March 2016

SUKAN KELOMPOK 4

23 Febuari 2016 - Seramai lapan orang murid telah mewakili sekolah dalam Sukan Kelompok 4 yang berlangsung di SK. Seri Setia, Teluk Intan Perak. Tahniah kepada adik Muhammad Dhabit (murid tahun 5) kerana menjadi juara dalam acara lompat tinggi dan adik Muhammad Irfan (murid tahun 4) kerana mendapat tempat ketiga dalam acara 200 meter. Tahniah juga kepada perserta-peserta lain.

 
 Muhammad Dhabit (Juara Lompat Tinggi)

  Muhammad Irfan (Tempat Ketiga Acara 200 Meter)


PERLANTIKAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER BAGI TAHUN 2016

Pada 18 Januari 2016 - Majlis perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber telah berjaya dilaksanakan. Tahniah kepada pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber yang telah dilantik. Semoga anda semua dapat menjalankan tugas dengan jujur dan amanah pada tahun ini.

 Pengawas Sekolah


Pengawas Pusat Sumber

15 January 2016

Terima Kasih Cikgu Syed...

Pada 15 Januari 2016 (Jumaat) - Pihak sekolah telah menganjurkan majlis perpisahan untuk cikgu Syed Zulkifli Bin Tuan Kob yang telah bertukar ke SK. Sungai Buloh, Teluk Intan Perak. Terima kasih di atas segala sumbangan dan kami mendoakan yang terbaik untuk anda..








Sumbangan Baju Seragam Sekolah




Selamat Datang 2016...

Antara wajah ceria murid-murid SKSD bagi sesi 2016.





18 November 2015

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2015

17 November 2015 (Selasa) - SK. Sungai Durian telah berjaya mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik (HAKA) bagi tahun 2015. Majis HAKA pada tahun ini dirasmikan oleh Dr. Norwazilah binti Hj. Mohd Ansul. Beliau merupakan bekas murid SK. Sungai Durian yang pertama mendapat 5A dalam UPSR.


















MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Pada 30 Oktober 2015 - Pihak sekolah telah berjaya mengadakan Majlis Khatam Al-Quran untuk murid-murid SK. Sungai Durian bagi tahun 2015.










E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN