Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 akan berlangsung bermula dari 19 Mei sehingga 22 Mei 2015.
Kami mendoakan kejayaan anda semua..... (^^)
18 May 2015
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015
Pada 18 Mei 2015 (Isnin) - Sek. Keb. Sungai Durian telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah bagi tahun 2015. Acara sambutan dimulakan dengan bacaan perutusan hari guru daripada Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Tuan Guru Besar. Majlis seterusnya diteruskan dengan nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia" oleh guru-guru SKSD, dan acara sukaneka.
06 May 2015
Kejohanan Sukan Tahunan SKSD Kali Ke-18 Tahun 2015
Tahniah kepada semua warga SK. Sungai Durian kerana berjaya menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-18 pada 5 Mei 2015 (Selasa) bertempat di Padang Sekolah.
16 April 2015
Merentas Desa SKSD 2015
Pada 16 April 2015, acara merentas desa telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang terlibat menjayakan acara tahunan ini. Tahniah kepada pemenang dan semua murid kerana melibatkan diri dalam acara ini.
TAHNIAH !!!
Tahniah kepada adik Muhammad Dhabit Bin Mohd Azamhuri kerana berjaya menjadi
Johan dalam Pertandingan Catur Peringkat Kelompok 4
Syabas! kepada adik Muhamad Rafiq Razidi Bin Damizan kerana lagi sekali menjadi
Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Hilir Perak
10 March 2015
Mesyuarat PIBG Kali ke 26 Sesi 2015/2016
Pada 6 Mac 2015 bertempat di kantin SK. Sungai Durian, Mesyuarat PIBG Kali ke 26 bagi sesi 2015/2016 telah berjaya dilaksanakan. Ucapan terima kasih kepada YB Haji Abdullah Fauzi Bin Dato' Haji Ahmad Razali (ADUN Kampung Gajah) kerana sudi merasmikan majlis ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)








