24 August 2015

Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun 2015

24 Ogos (Isnin) - Sambutan Hari Kemerdekaan bagi tahun 2015 telah berjaya dilancarkan. Sempena sambutan ini pelbagai program telah dirancangkan bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan pada kali ini.








Terima Kasih Cikgu Nazrul...

Pada 7 Ogos (Jumaat) - Pihak sekolah telah menganjurkan majlis perpisahan untuk Cikgu Mohd Nazrul Ahyat Bin Azmi kerana telah ditukarkan ke SK. Seri Baru. Kami, warga SKSD mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan oleh beliau selama berkhidmat di sekolah ini...






31 July 2015

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFIRTI 2015

31 Julai 2015 (Jumaat) - Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru, murid, dan kakitangan sokongan di atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan bagi memeriahkan majlis ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan orang kampung kerana dapat turut serta memeriahkan majlis ini.










18 May 2015

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 akan berlangsung bermula dari 19 Mei sehingga 22 Mei 2015.

Kami mendoakan kejayaan anda semua..... (^^)

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015

Pada 18 Mei 2015 (Isnin) - Sek. Keb. Sungai Durian telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah bagi tahun 2015. Acara sambutan dimulakan dengan bacaan perutusan hari guru daripada Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Tuan Guru Besar. Majlis seterusnya diteruskan dengan nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia" oleh guru-guru SKSD, dan acara sukaneka.


















06 May 2015

Kejohanan Sukan Tahunan SKSD Kali Ke-18 Tahun 2015

Tahniah kepada semua warga SK. Sungai Durian kerana berjaya menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-18 pada 5 Mei 2015 (Selasa) bertempat di Padang Sekolah.






















E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN