26 February 2011

NUTP Mahu Guru Tidak Dipaksa Bayar Yuran PSKPP


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia (NUTP) mahu guru tidak dipaksa memberi sumbangan kepada Persatuan Sukan, Kebudayaan dan Sosial Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) yang ditubuhkan di setiap negeri.Presidennya, Hashim Adnan, berkata pihaknya menerima maklumat ada guru di sebuah daerah di negara ini yang dipaksa membayar yuran PSKPP, seolah-oleh ia wajib dan diberikan surat tunjuk sebab jika gagal berbuat demikian.
"Ini adalah perbuatan melampaui batas kerana guru tidak boleh dipaksa untuk membayarnya kerana ia hanyalah berbentuk sumbangan dan bukannya suatu bayaran wajib."
"Kami menerima aduan ada Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) tertentu yang memaksa guru membayar wang berkenaan dan diugut dengan surat tunjuk sebab jika gagal berbuat demikian. Ada juga kes di satu daerah PPD bertindak mendedahkan maklumat mereka yang enggan memberikan sumbangan dengan mengedarkan salinan penyata gaji, nombor kad pengenalan dan nama guru terbabit kepada seluruh sekolah."
Hashim berkata, ramai guru tidak mahu menyumbang kepada PSKPP kerana mereka meragui ketelusan pengurusan wang yang mereka sumbangkan kerana aktiviti yang dijalankan tidak memadai dengan jumlah dana dimiliki persatuan itu saban tahun.
"Guru tiada masalah untuk membayar antara RM3 dan RM5 setiap tahun, asalkan wang berkenaan diuruskan dengan telus dan berhemah."

Difahamkan selain guru, PSKPP turut dianggotai kakitangan bukan akademik Kementerian Pelajaran termasuk kerani, pemandu, pembantu makmal dan staf sokongan.

Sumber: Berita Harian 25.10.2010

Program LINUS Instrumen Literasi Menulis dan Membaca


03 February 2011

Kaedah Cepat Baca e-Xra(B.Inggeris) - Teknologi i-Read!

Logo Baru JPN Perak dan Slogan


PERAK SENTIASA DIPUNCAK KECEMERLANGAN

Rahsia Kecemerlangan Amalina

Tips Belajar Hebat

Pusat Sumber Gemilang SK Sungai Durian: Pengubahsuaian PSS 2011

Pusat Sumber Gemilang SK Sungai Durian: Pengubahsuaian PSS 2011: "Pada hari Ahad (23.01.2011) pihak PSS dengan kerjasama murid-murid tahun 3,4,5 dan 6 mengadakan gotong-royong perdana mengubahsuai susu..."

Pusat Sumber Gemilang SK Sungai Durian

Kempen Membaca

Kempen Membaca telah dilaksanakan secara sambutan Bulan Membaca Kebangsaan bermula dari tahun 1995 hingga 2005. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan telah dilaksanakan sepanjang bulan Ogos bagi tahun 1995 hingga 2000 dan Julai 2001 hingga 2005. Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya.
Mulai tahun 2006, di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kempen ini telah diperhebatkan dengan mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun bagi memberi impak yang lebih efektif. Pelbagai institusi telah terlibat di dalam menjayakan program dan aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca. Ia bukan sahaja dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tetapi juga Perpustakaan Awam Negeri, Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan dan Swasta serta institusi-institusi lain. Tujuannya adalah bagi menarik penyertaan orang ramai dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca, memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai budaya.

http://psgsksd.blogspot.com/

01 February 2011

Februari 2011


Kini bulan persekolahan telah memasuki bulan kedua dalam kalendar masihi iaitu minggu kelima. Sempena Tahun Baru Cina ini warga SK Sungai Durian ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua keturunan Tionghua di negara ini.

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN