17 March 2016

PELANCARAN PROGRAM NILAM & KEMPEN AMALAN 3 S

7 Mac 2016 (Isnin) - Dua majlis pelancaran telah diadakan iaitu majlis pelancaran program NILAM dan Kempen Amalan 3S.








MESYUARAT PIBG 2016

4 Mac 2016 (Jumaat) - Mesyuarat PIBG bagi tahun 2016 telah diadakan pada pukul 2.30 petang bertempat di Makmal Komputer SK. Sungai Durian. Selain agenda-agenda utama, dalam mesyuarat tersebut Pn. Nur Ismawaheeda (Guru Pusat Sumber) menerangkan serba sedikit mengenai Sistem Automasi dan En. Mohd Rodzi (Guru ICT) memberi sedikit maklumat mengenai Frog VLE.











SUKAN KELOMPOK 4

23 Febuari 2016 - Seramai lapan orang murid telah mewakili sekolah dalam Sukan Kelompok 4 yang berlangsung di SK. Seri Setia, Teluk Intan Perak. Tahniah kepada adik Muhammad Dhabit (murid tahun 5) kerana menjadi juara dalam acara lompat tinggi dan adik Muhammad Irfan (murid tahun 4) kerana mendapat tempat ketiga dalam acara 200 meter. Tahniah juga kepada perserta-peserta lain.

 
 Muhammad Dhabit (Juara Lompat Tinggi)

  Muhammad Irfan (Tempat Ketiga Acara 200 Meter)


PERLANTIKAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER BAGI TAHUN 2016

Pada 18 Januari 2016 - Majlis perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber telah berjaya dilaksanakan. Tahniah kepada pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber yang telah dilantik. Semoga anda semua dapat menjalankan tugas dengan jujur dan amanah pada tahun ini.

 Pengawas Sekolah


Pengawas Pusat Sumber

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN