29 December 2011

MAKAN MALAM 2011

Majlis Makan Malam 2011 anjuran Badan Kebajikan Staf SK Sungai Durian akan diadakan seperti yang berikut :

Tarikh/Hari : 2 Januari 2012/Isnin
Masa : 8.00 malam
Tempat : Rumah Rehat Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

*Staf SK Sungai Durian, pasangan dan seorang anak sahaja dibenarkan masuk*

13 December 2011

SBPA

Satu sesi taklimat dan menandatangani opsyen SBPA akan diadakan seperti yang berikut :

Tarikh : 20 Disember 2011
Hari : Selasa
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pejabat SK Sungai Durian.

Semua guru diwajibkan hadir.

Dapatkan bahan taklimat SBPA di sini

19 November 2011

eSPLG : SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU

semua guru dikehendaki mengisi latihan dalam perkhidmatan di sini

TAHNIAH DAN SYABAS

Warga SK Sungai Durian ingin merakamkan jutaan tahniah dan syabas kepada :

1. Mohamad Zulfadhli Bin Mohd Zahid - 5A
2. Nur Syafiqah Binti Abdul Razak - 3A

kerana telah berjaya dalam peperiksaan UPSR 2011. Kepada yang tidak berjaya jangan putus asa dan cuba lagi di alam persekolahan sekolah menengah.

07 November 2011

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011 akan berlangsung seperti yang berikut :

Tarikh : 15 November 2011
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan SKSD

Dirasmikan oleh : Yang Berbahagia En. Farid Bin Wazali, Setiausaha Kerja Yayasan Perak.

Tema : Kemuncak Pelayaran Ilmu

26 October 2011

OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI 2011

tahniah diucapkan kepada :

1. Mohd Shahrol Hisyam Bin Rozaimi - Olahragawan 2011
2. Nur Nazurah Binti Hisam Mudin - Olahragawati 2011

RUMAH BIRU JUARA KESELURUHAN

Tahniah diucapkan kepada semua peserta rumah biru temasya sukan tahunan kerana telah berjaya mengejar juara keseluruhan. Tidak lupa juga kepada semua guru penasihat yang bekerja keras dalam mengejar juara.

11 October 2011

TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2011

Temasya sukan tahunan SK Sungai Durian kali ke-14 yang bertemakan 'Satu Sukan:Kemuncak Kecergasan Diri' akan berlangsung pada 22 Oktober 2011. Pelbagai acara dipertandingkan bagi merebut gelaran juara tahunan.

PERKHEMAHAN TAHUNAN SK SUNGAI DURIAN 2011

Perkhemahan perdana SK Sungai Durian akan diadakan pada 21 hingga 23 Oktober 2011 bertempat di padang SK Sungai Durian. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program tersebut yang bertemakan 'Kemuncak Jati Diri'.

09 September 2011

PEPERIKSAAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6/2011

Peperiksaan Pendidikan Islam Tahun 6 akan dilaksanakan seperti berikut :

Bil

Subjek

Tarikh

01.

Pendidikan Islam

20 September 2011

02.

Bahasa Arab

21 September 2011

Ujian Lisan Pendidikan Islam dijalankan mulai 15 Ogos hingga 29 September 2011. Ujian Lisan Bahasa Arab kertas 1 dijalankan mulai 22 hingga 29 September 2011. Kertas Ujian bagi semua peperiksaan ini boleh diambil dari Pusat Edaran di SK Raja Muda Musa pada 12 September 2011. Pengisian markah bagi peperiksaan Pendidikan Islam Tahun 6 boleh dirujuk kepada Laman Sesawang Sektor Pendidikan Islam Negeri Perak http://www.spiperak.bpi.edu.my/
Manakala Pengisian markah Bahasa Arab diisi mengikut e-laporan pada bulan Oktober nanti. Sebarang pertanyaan sila hubungi Penyelia Pendidikan Islam (Puan Hajjah Tijah binti Shamsudin) ditalian 019-5259160.

08 September 2011

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2011




Ucapan Selamat Berjaya Dengan Cemerlang kepada murid-murid SKSD yang akan menduduki UPSR 2011 bermula pada 13 September - 15 September 2011. Semoga anda berjaya mencapai keinginan dan harapan anda pada sesi persekolahan sekolah rendah dengan berjaya.

24 August 2011

RAMAH MESRA AIDILFITRI 1432H/2011M


Pada hari Jumaat (26.08.2011), pihak SK Sungai Durian akan mengadakan program Ramah Mesra Aidilfitri 1432H/2011M pada pukul 12.00 tengah hari sebelum para kakitangan dan murid-murid bercuti untuk menyambut Aidilfitri. Antara pengisian program tersebut adalah seperti yang berikut :
1. Ucapan dan nasihat guru-guru dan kakitangan.
2. Bersalam-salaman.
3. Penyampaian duit raya kepada murid-murid.

KUNUNGAN PERTAMA TUAN PPD





Pihak SK Sungai Durian amat berbesar hati di atas kesudian tuan PPD Hilir Perak turun padang untuk melawat dan mengunjungi SK Sungai Durian pada 22 Ogos 2011 (Isnin). Beliau mengambil masa hampir satu jam untuk melihat sendiri keadaan dan suasana SK Sungai Durian dan beramah mesra dengan murid-murid tahun 6 Exora yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 13 September ini. Sepanjang lawatan beliau, terdapat banyak teguran yang membina demi pembangunan sekolah, profesionalisme guru, dan peningkatan akademik murid-murid. Kunjungan beliau diiringi oleh bapa angkat SK Sungai Durian. Guru Kanan Pentadbiran SK Sungai Durian menyampaikan taklimat ringkas kepada tuan PPD Hilir Perak sepanjang kunjungan tuan PPD Hilir Perak.

20 August 2011

AJK BEKAS SKUAD 2011/2012


Ahli JawatanKuasa Tertinggi Badan Kebajikan Staf SK Sungai Durian 2011/2012
(BEKAS SKUAD 2011/2012)


Pengerusi : En. Dawam Bin Arshad
Naib Pengerusi : En. Azli Bin A. Kadir
Setiausaha : En. Mohd Khairul Sukri Bin Che Omar
Bendahari : En. Mohd Faizul Hafiz Bin A. Razak

Tahniah diucapkan.

KWAPM 2011


Pihak sekolah telah berjaya mengadakan majlis penyerahan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 2011 bertempat di kantin sekolah pada hari Jumaat (18/08/2011). Penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Pn. Nor Asiah Bt. Ahmad (guru besar) tepat jam 11.30 pagi. Seramai 12 keluarga layak menerima bantuan tersebut dengan kadar RM 200.00. Bantuan ini dihulurkan bagi meringankan beban para ibu bapa dalam pengurusan persekolahan anak-anak mereka.
Selain penyerahan bantuan tersebut, pihak sekolah juga telah mengadakan satu sesi temu mesra antara guru besar dan ibu bapa murid-murid tahun 6 Exora dalam menguar-uarkan program pecutan akhir UPSR 2011 dan perancangan persediaan murid-murid dalam peperiksaan UPSR 2011 yang akan diadakan seminggu selepas aidilfitri.

15 August 2011

PROGRAM RESTU UPSR 2011

PIBG SK Sungai Durian akan menganjurkan Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat UPSR 2011.
Semua ibu bapa/penjaga/ guru-guru dijemput hadir pada majlis tersebut seperti berikut :

Tarikh : 16 Ogos 2011
Masa : 6.00 petang
Tempat : Masjid Kampung Sungai Durian

Aturcara :
6.00 petang Semua dijemput hadir
6.15 petang Bacaan Yassin
7.00 petang Tazkirah
7.33 petang Majlis Berbuka dan Solat Maghrib
8.15 malam Solat Hajat
8.45 malam Solat Isyak dan Terawih

10 August 2011

PECUTAN AKHIR 2011


Program Pecutan Akhir bagi pelajar tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR bagi tahun 2011. Kelima-lima murid ini merupakan calon UPSR 2011 SKSD yang menjadi harapan untuk mengharumkan nama SKSD. Ruang ini memberi perhargaan dan penghormatan kepada kelima-lima pelajar ini untuk menyerlahkan nama mereka masing-masing dalam catatan SKSD.
Dari kiri : Mohd Zulfadhli, Nur Shafiqah, Mohd Zaidani, Rahmat dan Nor Haslinda.
Gambar rentang dihasilkan oleh : En Mohamad Munazir b Mohamad.

08 August 2011

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG KALI KEDUA 2011

Mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG kali kedua bagi tahun 2011 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 12 Ogos 2011 ( Jumaat )

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Kantin SKSD

Agenda

Ucapan YDP PIBG

Ucapan Penasihat PIBG

:Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

Perkara Berbangkit

Perbentangan dan mengesahkan kewangan

Olahraga Tahunan Sekolah

Bacaan Yassin dan Solat Hajat UPSR

Program Ihya Ramadhan

Hal-hal Lain

06 August 2011

SOALAN PERCUBAAN UPSR 2011

Anda boleh mencuba klik link di bawah untuk download soalan-soalan percubaan UPSR 2011 bagi negeri-negeri berkaitan. Selamat mencuba dan berjaya. Terima kasih kepada blogger yang sudi berkongsi link tersebut.

Link 1 :
Link 2 :
Link 3

31 July 2011

Jadual Berbuka Puasa

Perak


klik S pada paparan untuk dibesarkan

26 July 2011

Teknik Menjawab Matematik

Teknik menjawab Kertas Matematik UPSR panduan kepada guru-guru dan murid-murid mungkin boleh membantu dan cuba-cubalah untuk mendapatkan tips-tips berguna.

Baca link di bawah

Ceramah Konsep PBS ( Konsep & Panduan )


Untuk mendapat gambaran dan konsep mengenai PBS bolehlah melayari link di bawah agar guru-guru mendapat sedikit info dan konsep untuk menjalankan PBS di sekolah.

Baca link di bawah.

23 July 2011

Instrumen Yang Perlu Ada Dalam Fail PBS


  1. Surat Arahan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia
  2. Surat Lantikan Ketua Pentaksir dan Pentaksir Sekolah
  3. Jawatankuasa Induk Pentaksiran Berasaskan Sekolah
  4. Carta Organisasi PBS bagi setiap mata pelajaran
  5. Surat panggilan mesyuarat PBS bagi setiap mata pelajaran
  6. Minit mesyuarat PBS
  7. Soalan kerja kursus bagi setiap mata pelajaran
  8. Jadual perancangan kerja kursus tahun semasa (taklimat, penyelarasan, penskoran)
  9. Surat makluman taklimat kerja kursus kepada guru yang terlibat serta pelajar
  10. Surat makluman kepada waris
  11. Surat makluman kepada pihak berkenaan
  12. Borang penskoran
  13. Borang instumen pemantauan (Senarai Semak) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
  14. Calon tumpang, pindah (nama dan bilangan)
  15. Kes-kes khas (cth - pelajar enggan membuat kerja kursus)
  16. Tempat Penyimpanan Kerja Kursus
  17. Sijil

Contoh : Intrumen PBS - klik disini

Contoh : Surat dari Lembaga Peperiksaan Malaysia - untuk tindakan SU PBS

21 July 2011

Info SK Sungai Durian

SK Sungai Durian telah mula beroperasi pada tahun 1926. Sebelum ia beroperasi sebagai sebuah sekolah ia merupakan sebuah tempat latihan padang menembak bagi askar pada suatu masa dahulu. Lokasinya di pinggir Sungai Perak dan menjadikannya penempatan penduduk kampung sebelum jalan raya dibina. Untuk ke bandar Teluk Intan pada masa itu, penduduk perlu menyeberangi Sungai Perak melalui Kampung Batak Rabit. Dikatakan juga sebelum ini lokasi sebenar sekolah ini telah dipindahkan dari tebing sungai ke lokasi kini yang lebih selamat dari banjir atau air pasang.
Sekitar sekolah ini terdapat kampung-kampung Melayu, estet dan juga perkampungan Cina penanam sayur dan buah-buahan. Kampung yang terdekat dengan sekolah ini adalah Kampung Sungai Durian, Kampung Selat Masjid dan Ladang Sabrang. Kini untuk ke SKSD terdapat dua laluan utama iaitu jalan raya dan juga jalan sungai.
Murid-murid di sekolah ini merupakan murid-murid yang datangnya dari kampung-kampung berdekatan malah terdapat juga dari kampung yang sedikit berjauhan seperti Kampung Sungai Darat, Tapak Semenang, Ladang Rubana dan sekitarnya.
Keunikan SKSD adalah dokongan dan sokongan dari warga kampung ini sendiri untuk terus maju di samping sekolah itu sendiri. Malah kewangan PIBG adalah dibantu dengan derma dan wakaf dari penduduk kampung dari hasil kelapa sawit. Malah ibu bapa dan belia banyak membantu dalam aktiviti-aktiviti sekolah pada suatu masa dahulu. Memandangkan guru-guru murid-murid dan staf yang tidak begitu ramai, acara-acara seperti sukan dan lain-lain dimeriahkan lagi oleh keseluruhan warga kampung.
Kini SKSD telah mula berkembang dalam keadaan yang mengecilkan disebabkan penduduknya semakin berkurang akibat kepesatan pembangunan. Ramai para belia mula berhijrah ke bandar menyebabkan murid-murid berkembang dengan kapasiti yang kecil.
Walau bagaimanapun, SKSD tetap mempunyai hati yang besar untuk berkembang bersama dalam arus pendidikan perdana walaupun mempunyai banyak cabaran dan halangan dalam era teknologi maklumat dan digital ini.

18 July 2011

Video dalam pencarian

Video ini dalam pencarian untuk dieditkan oleh Cikgu Khairul Sukri ( Sony Vegas ) untuk disumbangkan kepada bekas guru besar. Video ini disumbangkan oleh pemilik untuk tujuan tersebut. Terima kasih kepada pemilik video ini.

12 July 2011

Cara Menjawab Kertas 2 Bahasa Inggeris


Baca dan buka link di bawah untuk melihat tips dan paparan sebenar. Selamat mencuba semoga membantu.


Tips Cara Menjawab Kertas 2 Bahasa Inggeris

11 July 2011

Sistem E-PSS v1.0

Sistem E-PSS v1.0 telah dibangunkan oleh GPM SKSD iaitu cikgu Faizul dalam usaha untuk melancarkan proses pengurusan PSS Gemilang SKSD. Sistem ini beroperasi sepenuhnya pada bulan April 2011 dan diguna terus sebagai sistem pengurusan PSS.

10 July 2011

Tutorial Membina Blog

Kepada semua murid-murid yang berminat dalam bidang penulisan blog anda boleh menimba ilmu melalui link di bawah tentang pengajaran dan pembelajaran membina blog secara online.Tips-tips ini amat berguna bagi anda untuk mengasah bidang penulisan blog. Klik tajuk di bawah untuk mendapatkan tip-tips yang berguna.

Tutorial

Prospek

Apakah PROSPEK?
PROSPEK merupakan kaedah baru Penilaian Kompetensi anggota Sektor Awam menggantikan PTK yang telah dimansuhkan pada 1.1.2011. Pihak CUEPACS telah mengadakan MOU bersama dengan pihak JPA pada 19 Jun 2011.
Untuk bacaan lanjut layari link dibawah.

Prospek
NUTP

Dokumen Standard Prestasi KSSR 2011 Tahun 1

Kepada semua guru tahun 1
Untuk memuat turun Dokumen Standard Prestasi KSSR bagi pelaksanaan 2011 Tahun 1 boleh cuba memuat turun bagi setiap mata pelajaran KSSR tahun 1. Ini bagi memudahkan guru-guru untuk mendapatkan maklumat sebenar cara dan proses pelaksanaan tersebut. Begitu juga dengan maklumat lain seperti Panduan Pengurusan Peperiksaan dan Manual Pengguna SPPBS. klik bagi tajuk di bawah untuk mencapai link tersebut.

Dokumen Standard Prestasi KSSR
Panduan Pengurusan Peperiksaan dan Manual Pengguna SPPBS

07 July 2011

Kepimpinan

Maccoby (1976) telah berjaya menggunakan istilah menarik untuk menggambarkan beberapa jenis pemimpin yang memimpin organisasi mereka. Istilah popular yang telah digunakan
ialah:
1. Ahli kraf (craftsman) - Jenis pemimpin yang terkenal kerana orientasinya
kepada tugas atau pengeluaran, menitikberatkan mutu, dan gemar membina
rekod yang baik.
2. Pejuang di hutan (jungle fighter) - Jenis individu yang gemar mencari dan
mendapat kuasa kerana hidup dan kerja ditanggap sebagai suatu belantara.
Rakan sekerja dan separa dianggap sebagai musuh. Dua jenis pejuang di
hutan ialah singa yang suka menawan dan membina, manakala serigala yang
memajukan diri melalui politik
3. Orang syarikat (the company man) - Individu yang minatnya kepada
kerjasama, dedikasi, komitment, kestabilan, dan kesejahteraan.
4. Pemburu (gamesman) - Inilah gelaran Maccoby kepada jenis pemimpin yang
baru, iaitu seorang yang mencari kejayaan melalui cabaran, kegiatan bersaing
serta kaedah dan penemuan baharu. Matlamatnya ialah mencari kemenangan
dan menjadi juara serta berminat memajukan taktik dan strategi yang
diperlukan untuk menjadi juara.


http://eprints.utm.my/6301/1/aziziyahkomunikasi.pdf

baca di sini

06 July 2011

Brosur SK Sungai Durian



Brosur ini sebagai satu langkah untuk meningkatkan imej SKM luar bandar untuk mampu bersama-sama dalam kalangan sekolah-sekolah utama dan SK Sungai Durian tidak ketinggalan untuk berada dalam arus perdana. Pembikinan brosur adalah merupakan satu langkah korporat untuk mempromosi sekolah dalam aspek-aspek kekuatan dan kelebihan yang ada di sekolah ini. Kepakaran ini disumbangkan oleh salah seorang guru di sekolah ini iaitu En. Mohamad Munazir.

Sistem PEDIA

Sistem PEDIA akan diguna pakai pada Peperiksaan Percubaan UPSR 2011. Taklimat khas penggunaannya akan diberikan kepada Setiausaha Peperiksaan pada 15 Julai 2011 di PPD Hilir Perak. Justeru, semua kertas jawapan objektif perlu dihantar kepada SUP untuk dibawa ke PPD Hilir Perak pada hari tersebut.

Program Pecutan cemerlang 2011

Dalam tempoh 2 minggu, SK Sungai Durian telah merangka satu program yang dinamakan Pecutan Cemerlang untuk para pelajar UPSR 2011. Antara pengisian sepanjang program tersebut adalah seperti yang berikut :

1. Kelas Anjakan Cemerlang (KELAC) setiap Isnin-Khamis dari jam 3.00 - 5.00 petang.
2. Kelas Malam setiap Selasa dan Khamis dari jam 8.00 - 10.00 malam di rumah Cikgu Dawam dan Cikgu Faizul.
3. Program Muhasabah Diri.

Draf Perlembagaan Badan Kebajikan Staf SK Sungai Durian (BEKAS SKUAD)

Semua staf diharap membaca dan mengambil perhatian pada perlembagaan BEKAS SKUAD yang akan berkuatkuasa Julai 2011.

klik di sini

05 July 2011

Program Muhasabah Diri






Program Muhasabah Diri yang dianjurkan pada jam 9.00 - 10.00 malam 5 Julai 2011 bagi meningkatkan kesedaran belajar di kalangan murid SK Sungai Durian. Cikgu Mohd Faizul Hafiz B Abd Razak ( berbaju Melayu hijau ) menjadi pembimbing program ini dalam menyedarkan diri murid-murid akan tanggungjawab mereka sebagai murid dan anak sama ada di sekolah ataupun di rumah. Jutaan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada malam itu bersama-sama menjayakan program tersebut.

04 July 2011

Video Klip 1Murid 1Sukan

Sempena Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia. SK Sungai Durian juga mengambil kesempatan melancarkan video klip 1 Murid 1 Sukan.

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN