21 November 2010

Selamat Datang Ke SK Sungai Durian


Warga SK Sungai Durian mengucapkan selamat datang dan bertugas di SK Sungai Durian kepada guru besar yang telah menggantikan Tn Hj Ahmad Buridah B Baharan yang telah pun bersara pada bulan Oktober 2010 yang lalu. Beliau NOR ASIAH BT. AHMAD yang ditukarkan dari SK Seri Ampang, Ipoh, Perak. Warga SK Sungai Durian yang terdiri daripada PIBG, murid-murid, guru-guru dan staff mengalu-alukan kadatangan beliau ke sekolah ini.

04 August 2010

Sabah & Sarawak: Ancaman buaya

Sabah & Sarawak: Ancaman buaya
Oleh Suzianah Jiffar
suzianah@bharian.com.my
2010/08/05

PEKERJA ladang sering menjala  ikan di Sungai Kinabatangan walaupun mengetahui serangan budaya tembaga boleh berlaku secara tiba-tiba.
PEKERJA ladang sering menjala ikan di Sungai Kinabatangan walaupun mengetahui serangan budaya tembaga boleh berlaku secara tiba-tiba.38 serangan babitkan 23 maut di tiga sungai

KOTA KINABALU: Walaupun kurang mendapat perhatian, konflik antara buaya dan manusia dilaporkan sudah lama berlaku di Sabah dan sepanjang 10 tahun lalu, Jabatan Hidupan Liar Sabah merekodkan 38 kes serangan reptilia itu dengan kebanyakannya berlaku di beberapa sungai di pantai timur negeri ini.
Antara lokasi utama ialah Sungai Paitan, Sungai Kinabatangan, Sungai Silabukan dan Sungai Kalumpang.
Daripada 38 serangan dilaporkan, 23 kes menyebabkan kematian mangsa, manakala selebihnya mendatangkan kecederaan.

Sebagai usaha mengenal pasti puncanya, bengkel antarabangsa selama tiga hari mengenai konflik antara buaya dengan manusia diadakan di Sabah, baru-baru ini bagi menghasilkan resolusi yang boleh diguna pakai, selain melindungi spesies buaya tembaga di negeri ini.

Antara faktor dikenal pasti menyumbang kepada perkara itu ialah pencemaran dan pembangunan yang mungkin menyebabkan gangguan terhadap sumber makanan serta habitat asal buaya, lantas menjadikan manusia sebagai pilihan terakhir.

Timbalan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, berkata pembukaan ladang secara besar-besaran menyebabkan hidupan liar di hutan seperti monyet terpaksa berpindah atau mati, seperti ikan di sungai terjejas dilanda pencemaran kesan pembangunan.
"Apabila itu berlaku, buaya tidak mempunyai sumber makanan dan hidupan yang ada di tebing sungai atau ladang adalah manusia. Malah, kita mendapati kawasan ladang paling kerap berlaku serangan kerana buaya tidak mempunyai sumber makanan," katanya.

Sehubungan itu, strategi jangka panjang diperlukan bagi melindungi buaya supaya manusia tidak menjadi sasaran.

Tuuga berkata, faktor seperti pembersihan tanah di tebing sungai, penggunaan bahan kimia di ladang dan pembuangan sisa organik adalah antara punca kekurangan sumber makanan buaya, menyebabkan apa saja yang ada di tebing sungai menjadi habuan.

"Penduduk di luar bandar Sabah masih menggunakan sungai sebagai sumber utama mendapatkan air untuk mencuci, memasak, mandi dan menangkap ikan. Justeru, mereka berpotensi diserang buaya," katanya.

Populasi buaya tembaga di Sabah dianggar dalam 12,000 hingga 15,000 ekor ketika ini.

Reptilia itu dilindungi mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Rekod Jabatan Hidupan Liar Sabah mendapati, kira-kira 200 buaya diburu setiap bulan di pantai timur negeri seabad lalu dengan kerajaan British memberi ganjaran sehingga 1932.

Kerancakan aktiviti memburu buaya berleluasa hingga kerajaan negeri mewujudkan perlindungan melalui undang-undang pada 1982 kerana bimbang hidupan itu diancam kepupusan.

Tuuga berkata, penduduk kampung yang masih menggunakan sungai sebagai sumber utama air perlu berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa serangan buaya.

"Sebagai langkah pencegahan, kita mencadangkan kerajaan menyediakan bantuan air paip kepada penduduk kampung yang belum mendapat bekalan itu," katanya.

Pengerusi Kesatuan Antara Pemulihan Alam Semulajadi (IUCN) SSC Crocodile Specialist Group, Profesor Grahame Webb, mengakui cabaran besar dalam usaha memulihara buaya air masin yang saiznya boleh mencapai enam meter dan berat mencecah satu tan.

"Apabila populasi buaya berkurangan, langkah perlindungan perlu dilakukan tetapi ia mesti diimbangi dengan persediaan berdepan kemungkinan jika bilangannya meningkat," katanya.

Pengarah Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Abdul Hamid Ahmad berkata pencemaran sungai yang berpunca dari pembangunan atau pembukaan tanah tidak terancang memberi kesan negatif kepada sungai termasuk populasi buaya.

"Justeru, kita perlu melakukan kajian berterusan dalam usaha pemuliharaan buaya, selain memantau aspek pencemaran sungai di seluruh negeri," katanya

14 July 2010

Pelajar dapat ikan emas gergasi

POOLE - Apabila seorang remaja, Nick Richards mendapati jorannya disentap, pelajar sekolah di Britain itu berharap umpannya dimakan seekor ikan kap.

Bagaimanapun, sebuah akhbar semalam melaporkan pelajar berusia 16 tahun itu terkejut apabila dia mendapat seekor ikan emas gergasi sepanjang 40.6 sentimeter (sm) dan berat 2.27 kilogram (kg) semasa memancing di sebuah tasik di bandar ini, selatan England, baru-baru ini.

Ikan peliharaan tersebut dipercayai dibuang oleh pemiliknya ke dalam tasik berkenaan dan ia kemudiannya membesar dengan cepat.

"Pada mulanya saya pergi ke tasik itu untuk memancing ikan kap. Saya pernah mendengar khabar angin bahawa terdapat seekor ikan kap gergasi dan saya berharap akan dapat melihatnya," katanya.

Menurutnya, dia berada selama dua hari dan dapat menangkap beberapa ikan kap yang besar.

"Namun, tiba-tiba , saya melihat seekor ikan berwarna keemasan yang besar di atas permukaan air," katanya.

"Ia tidak cedera dan saya melepaskannya semula ke dalam tasik setelah merakamkan gambar ikan tangkapan saya itu," katanya.

Rekod ikan emas terbesar di Britain sebelum ini berukuran 39.9sm panjang dengan berat 0.9kg. - Agensi

Kosmo Online

Pekeliling JPA



Ruj :JPA(SARAAN )(S)1619 Klt. 16(7)
Tarikh : 9 Disember 2009

13 July 2010

Perkhemahan Pendidikan Luar Sekolah Rendah Peringkat Negeri 2010



Tarikh: 8 Julai hingga 11 Julai 2010

Tempat: Pusat Kokurikulum Negeri

Peserta-peserta terdiri dari murid-murid dari seluruh daerah di negeri Perak. Mereka telah mengikuti pelbagai aktiviti pendidikan luar di air, darat serta aras tinggi.

Penghargaan kepada kesemua Jurulatih yang bertugas dan berganding bahu bagi menjayakan program ini.

Sebahagian dari gelagat peserta program Perkhemahan Pendidikan Luar Sekolah Rendah Peringkat Negeri 2010.

SK Sungai Durian telah menghatar 5 orang peserta Tahun 5 di perkhemahan tersebut.

Aksi akrobatik latih otak





NASREEN MA, 32, memegang erat kedua-dua tangan anaknya, Alicia, dengan kedudukan si comel itu bersandar pada tubuhnya sementara kepalanya pula ke bawah. Hujung kedua-dua kaki Alicia terpaut kemas pada bahu ibunya itu. Dalam satu pergerakan pantas, kaki Alicia dilepaskan lalu badan anak kesayangannya itu kembali dalam kedudukan tegak.

Bagaikan baru saja selesai melakukan aksi jungkir balik, Alicia kini membuat lagak 'ngeri' yang seterusnya. Hujung kedua-dua kaki dan tangannya dipegang dengan bantuan seorang ahli terapi. Dalam keadaan tergantung melintang itu, Alicia dihayun dari kiri ke kanan selama dua minit.

Melihat aksi-aksi yang menyerupai latihan gimnastik itu memang cukup menyeramkan. Namun begitu, kanak-kanak yang baru berusia dua tahun itu pula langsung tidak takut atau menangis. Dia sebaliknya gembira dengan aktiviti itu sambil tersenyum dan sesekali ketawa terkekeh-kekeh.

Itu bukan pertama kali dia diajar melakukan pergerakan mencabar seumpama itu. Sejak berusia lapan bulan, Alicia sudah pun diajar oleh Nasreen untuk berbuat demikian.

Menurut Nasreen, semasa berusia lapan bulan Alicia seperti bayi lain yang menunjukkan respons asas seperti menggerak tangan, kaki dan kepala serta peka terhadap bunyi dan warna.


DAYA (kanan) dan Nasreen melakukan pergerakan asas kepada Alicia untuk perkembangan otak.


"Ketika berada dalam fasa meniarap, Alicia semakin menunjukkan tanda-tanda untuk berdiri dan mengatur langkah pertama. Perbuatannya itu amat membimbangkan saya kerana dia langsung tidak cuba untuk merangkak sebelum berjalan.

"Sungguhpun ada ibu bapa yang teruja melihat anak mereka cepat berjalan, tetapi bagi saya ia sesuatu yang luar biasa," ujar Nasreen.

Baginya, lumrah seseorang bayi ialah mereka perlu merangkak sebelum tahu berjalan. Nasreen percaya, jika bukan begitu turutannya perkembangan otak bayi boleh terjejas. Fasa merangkak kata Nasreen, amat penting kerana integrasi asas untuk perkembangan daya penglihatan kedua-dua belah mata sedang berlaku.

Integrasi visual itulah yang akan membantu proses pembacaan, kosentrasi dan tumpuan di dalam bilik darjah.

Menyedari kepentingan proses merangkak itu, ibu muda itu lantas mendapatkan nasihat dan panduan daripada pakar terapi Neuro Network, Daya Bhagwandas, 52.

Pengasas pusat pengajaran pendidikan saraf yang kini berpangkalan di Burwood, Australia itu menyediakan perkhidmatan patologi pertuturan, audiologi dan terapi bunyi. Berpengalaman lebih dua dekad dalam bidang perkembangan otak dan neuron, Daya banyak mengadakan program untuk menyedarkan para ibu bapa tentang potensi kepintaran anak-anak mereka.

Nasreen memberitahu, anak sulungnya itu telah menjalani beberapa sesi latihan pergerakan di bawah penyeliaan Daya. Alicia dibaringkan di atas meja sambil menggerak tangan, kaki serta kepala secara serentak.

Sesi latihan


KANAK-KANAK lain mungkin ngeri dengan aksi sebegini tetapi tidak Alicia.


Terapi yang dikenali sebagai cross pattern itu lama-kelamaan membuatkan Alicia merangkak dengan sendiri. Difahamkan, Alicia telah merangkak selama enam bulan sebelum berjalan.

Tambah Nasreen, kebanyakan ibu bapa terutama yang baru berkahwin kurang peka pergerakan asas seseorang kanak-kanak. Pergerakan asas yang betul amat penting demi mencetuskan kecerdasan anak-anak. Anak-anak sebenarnya pantas memahami dan mempelajari setiap yang diajar oleh ibu bapa mereka.

Penjelasan wanita itu memang benar. Selain membuat aksi pergerakan mencabar pada usia yang terlalu muda, kebolehan anak kecil itu membaca nombor melalui kepingan kad dengan cetakan berbentuk bulat amat mengagumkan.

Menurut Nasreen, berbanding bentuk numerikal, permainan kad dengan cetakan geometri berwarna lebih efektif untuk mengajar anak-anak tentang pengiraan. Ia merangsang visual kanak-kanak dan perkembangan minda terutamanya pada otak bahagian kanan.

Menjelaskan tentang perkembangan otak dan pembelajaran otak kanan, Daya berkata, otak manusia bagaikan satu sistem komputer rumit yang dikawal oleh dua bahagian.

Kedua-dua bahagian itu mempunyai kemahiran dan cara berfikir yang berbeza. Bahagian kanan otak memproses maklumat dengan cepat, melewati ruang dimensi fizikal dan membuat tanggapan tepat. Otak kiri pula memproses dengan cara yang berbeza tetapi dalam bentuk lisan yang lebih kompleks atau berbentuk analisa.

Dominasi otak

"Pada asasnya, manusia berfikir menggunakan keseluruhan otak. Bagaimanapun, satu bahagian daripadanya lebih menguasai atau mendominasi. Semasa berfikir misalnya, otak seumpama bercakap sendiri," katanya.

Jelas Daya, satu bahagian akan lebih mendominasi untuk mengeluarkan kata-kata atau memberi arahan. Bahagian yang mendominasi akan merancang personaliti hidup seseorang manakala bahagian yang sebelah lagi memberi respons terhadap tekanan atau krisis.


ALICIA (kanan) menunjukkan kebolehannya membaca nombor melalui kepingan kad dengan cetakan bulat.


"Amat menguntungkan jika seseorang berusaha untuk mengembangkan kedua-dua bahagian otak kerana ini akan menambahkan lagi maklumat dalam menyelesaikan masalah.

"Jika anda dapat menguasai proses dominasi otak kiri dan memperkembangkan otak kanan pasti boleh menjadi seorang yang lebih kreatif dan bijak," kata wanita yang telah memperkenalkan Neuro Network sejak enam tahun yang lalu di beberapa buah negara luar termasuk Malaysia, Australia, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Ujar Daya, ketika kecil seseorang amat bergantung kepada fungsi otak kanan yang merangsang imaginasi dan visual. Sebab itu, kanak-kanak cenderung mengaju soalan-soalan yang di luar imaginasi ibu bapa. Mereka juga mampu bercakap seberapa banyak bahasa hanya melalui mendengar percakapan seseorang.

Kesemua itu boleh dilakukan disebabkan fungsi otak kanan. Antaranya memori fotografi, mendengar dan baca dengan pantas, kreativiti, muzik, seni dan kemampuan mempelajari banyak bahasa.

Bagaimanapun, dari alam sekolah sehingga dunia kerjaya, ramai yang hanya menekankan pada kemampuan otak kiri.

"Program pendidikan di Neuro Network menekankan tentang kepentingan melatih otak kanan. Bagaimanapun, perkembangan otak itu perlu diberi perhatian dari peringkat bayi sehingga ia berusia enam tahun.

Apabila proses koordinasi gagal berlaku secara sempurna maka seseorang akan mengalami masalah apabila dewasa. Di sini pergerakan merangkak memainkan peranan penting.

Daya memberi penekanan tentang fasa merangkak: "Jikalau seseorang anak tidak melalui proses merangkak dengan sempurna maka proses koordinasi akan menjadi lemah hingga boleh menimbulkan masalah penglihatan, sentuhan, tumpuan, keseimbangan badan dan pernafasan.

Dalam pada itu, programnya juga turut menekankan tentang proses visual ataupun imaginasi yang terdapat pada otak kanan. Kebolehan visual membantu kanak-kanak mempelajari sesuatu dengan lebih cepat dan gembira. Kemahiran visual yang baik amat penting untuk mempelajari mata pelajaran seperti Matematik, Sastera dan bahasa.


Kosmo Online

08 July 2010

Azam mendidik anak

Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?


"BELAJARLAH memahami setiap tindakan anak kerana dengan cara inilah anda menggalakkan komunikasi yang lebih baik."


KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?

Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?

Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.

Jadikan contoh

Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.

Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.

Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.

Mendisiplinkan anak

Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.

Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.

Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.

Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.




Memahami anak

Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?

Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.

Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.

Pemakanan sihat

Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.

Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.


"GALAKKAN anak aktif dalam aktiviti fizikal bagi mengelakkan risiko menjadi obes."


Aktiviti fizikal

Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.

Berkomunikasi secara efektif

Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.

Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.

Sentiasa bersedia

Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.

Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://pediatrics. about.com.


Kosmo Online

06 July 2010

9 Penemuan Orang Islam Yang Mengkagumkan

Oleh: blalang

"Kita selalu dimomokkkan apa ilmu yang hebat dihasilkan dari orang Barat, malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan henat dalam sains dan teknologi mendahului Barat. Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita masakini adalah tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim.

Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Pembedahan

Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.

2. Kopi

kopi yemen @ isuhangatDr Al Zahrawi @ isuhangat

Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.

3. Mesin Terbang

Abbas ibn Firnas @ isuhangat

Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.

4. Universiti

Fatima al-Firhi @ isuhangat

Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.

5. Aljabar

aljabar @ isuhangat
Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.

6. Optik

kejayaan Islam @ isuhangat

Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam” ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.

kejayaan besar muslim@ isuhangat

7. Muzik

muzik Islam @ isuhangat
Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.

lute @ isuhangat

8. Berus Gigi

berus gigi@isuhangat

Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.

9. Takal/ Crank

takal @ isuhangat

Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.



Posted @ www.isuhangat.net

Sebarkan artikel ini untuk menunjukkan kehebatan Islam, semoga ada dari anak cucu kita berjaya mencipta sesuatu yang baru dan tidak terlalu tunduk dengan momokan orang Barat.

01 July 2010

Protozoa penyebab cirit-birit

CUKUP menakutkan apabila parasit halus menjadikan tubuh manusia sebagai perumah tanpa kita disedari.

Jika dahulu masyarakat sering didedahkan dengan bahaya cacing tularan tanah seperti cacing gelang, cacing cambuk, cacing kait dan cacing benang, kini jangkitan protozoa juga tidak harus dipandang ringan.

Malah, bagi mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, kehadiran parasit daripada pelbagai jenis terutama protozoa menjadikan keadaan lebih serius.

Menurut Pakar Parasitologi dan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datin Dr. Norhayati Moktar, perkara ini bukan sesuatu yang baru dalam penyelidikan berkaitan parasit yang menjadi ancaman kepada kesihatan manusia.

“Bagi pesakit AIDS atau kanser yang sedang menjalani rawatan kimoterapi, kebarangkalian untuk dijangkiti parasit usus adalah agak tinggi,” katanya.

Protozoa pembunuh

Jelas Norhayati, infeksi protozoa terhadap golongan yang mempunyai sistem imun badan lemah dikenali melalui simptom cirit-birit berpanjangan, hilang selera makan dan turun berat badan.

Jelasnya, protozoa usus daripada jenis koksidia seperti Cryptosporidium parvum dan Isospora belli serta kumpulan mikrosporida usus menjadi penyebab utama cirit-birit berpanjangan.

Norhayati juga menjelaskan, secara amnya, infeksi parasit usus sering ditemui dalam masyarakat namun penghidapnya tidak mempunyai gejala yang jelas.

“Oleh itu, kes-kes jangkitan ini jarang dikesan di pusat kesihatan dan hospital.

“Keadaan ini amat berbeza dengan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria atau virus seperti H1N1, di mana pesakit menunjukkan gejala,” jelasnya yang turut menyatakan infeksi ini melibatkan protozoa dan cacing tularan tanah (STH).

Hasil kajian mendapati hampir 80 peratus jangkitan usus ini menular secara senyap kerana tiada gejala khusus.


NORHAYATI MOKTAR


Ujarnya, meskipun Malaysia merupakan negara membangun, masalah jangkitan parasit usus masih membelenggu penduduk di beberapa kawasan.

Disebabkan sebaran parasit ini menular melalui makanan dan air yang tercemar dengan najis manusia, taburan penyakit lebih banyak ditemui di kalangan penduduk yang tinggal di pedalaman yang tidak mempunyai sistem pembuangan najis yang baik serta bekalan air bersih seperti air sungai.

Ganggu tumbesaran

Tambah beliau, infeksi protozoa usus terutama Giardia intestinalis boleh mengganggu tumbesaran kanak-kanak.

Jelasnya, terdapat beberapa mekanisme bagaimana parasit usus menyebabkan mulnutrisi terhadap kanak-kanak malah golongan dewasa.

“Selain mengganggu sistem penghadaman dan penyerapan makanan, pesakit juga akan mengalami ciri-birit yang kronik, muntah dan sakit di bahagian abdomen.

“Kesan-kesan ini akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembagan fizikal dan mental kanak-kanak terbantut,” katanya.


PROTOZOA Giardia lamblia cysts di bawah mikroskop.


Dalam pada itu, kawalan dan pencegahan infeksi parasit usus mungkin memerlukan pendekatan yang baru kerana kajian terbaru membuktikan sumber infeksi protozoa spesies Giardia intestinalis bukan saja daripada manusia ke manusia tetapi melalui anjing dan roden.

“Walaupun jangkitan parasit usus ini mempunyai kadar kematian yang rendah dan jarang diperkatakan umum, kawalan dan pencegahan harus dipertingkatkan kerana ia mampu mengganggu kualiti hidup seseorang,” ujarnya.

Kosmo Onlie









Isu mansuh UPSR, PMR diputus tahun ini

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memastikan bahawa keputusan sekiranya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) wajar dimansuhkan dibuat pada tahun ini juga.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusannya akan dibuat dalam masa satu atau dua bulan selepas tamat beberapa siri perbincangan meja bulat dengan pihak berkepentingan yang dirancang dalam masa terdekat.

"Kita akan buat keputusan cepat, saya sudah minta Ketua Pengarah Pelajaran susun beberapa siri perbincangan di peringkat meja bulat, pihak-pihak yang ada kepentingan dipelawa untuk beri pandangan walaupun kita sudah buat kajian lama mengenainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan 2010 di sini semalam.

Kosmo Online

24 June 2010

Sekolahku Hebat!

PROGRAM kanak-kanak, Tom Tom Bak dan Geng Bas Sekolah membuktikan berjaya meraih sambutan menggalakkan daripada penonton. Ini sekali gus melonjak saluran Astro Ceria (saluran 611) diminati ramai khususnya kanak-kanak.

Dalam mengisi senarai program menarik untuk tontonan, saluran ini turut menganjurkan pertandingan Sekolahku Hebat! Pertandingan ini yang terbuka pada murid sekolah berusia 12 tahun ke bawah, perlu menghantar penyertaan yang menggambarkan kelebihan sekolah mereka sendiri.


Produser merangkap pengarah, Mohamad Fadzly Aminaldun berkata sambutan diterima daripada pelajar untuk turut serta dalam pertandingan ini cukup memberangsangkan. Sejak penyertaan ditutup pada 14 Mei lalu, seramai 150 penyertaan diterima.


"Menerusi pertandingan ini, pelajar perlu menyatakan lima perkara unik atau menarik mengapa sekolah mereka adalah terbaik. Selepas diteliti penyertaan yang dihantar, kami mengenal pasti 12 murid bertuah dipilih.


"Mereka diberi peluang mengacara depan kamera apabila kru pertandingan datang ke sekolah. Ini adalah peluang keemasan untuk mereka tampil sebagai wakil sekolah yang berkongsi perkara menarik mengenai sekolah sendiri kepada penonton," katanya.


Fadzly berkata, rakaman 12 murid bertuah ini dijadikan program berkonsep filler yang mengambil masa selama satu minit. Ia akan disiarkan bermula 23 Ogos nanti.


"Buat masa ini, dua rakaman sudah dijalankan termasuk murid darjah lima, Nurul Syahidah Shaiful Azmi dari Sekolah Kebangsaan Damansara Damai. "Di samping rakaman bersama pelajar bertuah ini, Astro Ceria turut membawakan aktiviti bersama pelajar lain yang dikendalikan dua pengacara, Azrul bersama Zoey.


"Sambil berceloteh, pelajar juga diberi peluang mengadakan persembahan seperti nyanyian dan tarian. Aktiviti seperti ini menjadi program julung kali yang diadakan secara on-ground.


"Saya percaya menerusi program seperti ini, ia juga memberi peluang pada kanak-kanak muncul di TV. Mungkin, jika ada yang berbakat, pertandingan ini boleh dijadikan proses uji bakat mencari mereka untuk dibawa sertai program seperti Tom Tom Bak ," katanya.


Antara 10 sekolah lain yang terpilih adalah Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, Sekolah Seri Cahaya, Real Education, Setia Alam, Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Sekolah Kebangsaan Sungai Rengit, Pengerang, Johor, Sekolah Kebangsaan Perempuan Cina (Tanjung Bungah), Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil (Nibong Tebal), Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani, Kedah, Sekolah Mahkota Sari Gerik, Perak, Sekolah Indera Mahkota Utama, Kuantan dan Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2, Besut, Terengganu.

MyMetro Online

23 June 2010

Ibu bapa tuntut layanan istimewa

INSTITUSI pendidikan di negara maju kini berdepan krisis serius apabila ramai pihak terutama ibu bapa mula mempertikaikan kemampuan guru dan institusi pendidikan mendidik anak mereka.
PERLU BERSEDIA...graduan yang mengambil keputusan menjadi pendidik  harus bersedia menghadapi pelbagai tekanan dalam dunia kerjaya.
PERLU BERSEDIA...graduan yang mengambil keputusan menjadi pendidik harus bersedia menghadapi pelbagai tekanan dalam dunia kerjaya.

Soal keupayaan dan kelayakan turut dipersoal sekali gus memberi tanggapan buruk terhadap kerjaya golongan itu yang sebelum ini dianggap terhormat di kalangan masyarakat.Meskipun mereka cuba mempertahankan pendirian dengan menyatakan masih mampu memberi perkhidmatan terbaik, kebanyakan ibu bapa dan masyarakat tetap tidak berpuas hati dan menganggapnya sebagai janji kosong."Bagaimana kami mahu percaya sedangkan anak-anak merungut guru di kelas kuang beri perhatian, tidak menyemak buku dan gemar menghabiskan masa menyelesaikan masalah peribadi? "Perlukah kami percaya kata-kata mereka?" kata seorang ibu yang berang apabila anaknya yang berusia 12 tahun menceritakan keadaan yang berlaku di sekolah.Krisis pendidikan itu bukan saja disebabkan rasa tidak puas hati kepada guru malah kemudahan di sekolah berat sebelah terutama kepada golongan kurang berkemampuan. Bagaimanapun, kekalutan dan ketegangan itu ditangkis sebahagian pakar pendidikan yang menganggap ibu bapa terlalu menuntut layanan istimewa daripada institusi pendidikan.Mereka menganggap guru terlalu dibebankan dengan tanggungjawab lain namun tiada siapa prihatin sebaliknya hanya tahu membuat tuduhan melulu.Pakar pendidikan Pusat Statistik Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, William Hussar, berkata ibu bapa dan masyarakat terlalu mendesak, inginkan kesempurnaan dan gagal memahami masalah orang lain."Mereka mahukan yang terbaik tapi jangan biarkan keinginan itu terlalu menguasai diri malah tiada sesiapa yang sempurna."Guru manusia biasa yang ada pelbagai masalah. Mereka mahu memberikan komitmen tapi kadang kala bukan semua mampu memenuhinya. "Tidak adil hanya kerana masalah itu mereka perlu menerima kecaman dan dihentam tanpa peluang membela diri," katanya.Meskipun sikap masyarakat negara maju lebih terbuka, ada segelintir enggan menerima penjelasan dan menjadikan isu sedia ada lebih panas.Memburukkan keadaan apabila isu taraf institusi turut diheret dengan ibu bapa melabelkan sekolah awam sebagai tidak profesional berbanding swasta.

Menurut Hussar, perbandingan itu bukan saja akan melemahkan semangat guru dan menjatuhkan standard institusi awam tapi memburukkan lagi keadaan."Apabila taraf institusi dipertikaikan, komitmen guru akan tergugat, tiada keadilan, kualiti pembelajaran merosot sekali gus merencat segala usaha direncanakan selama ini."Sepatutnya, semua pihak bekerjasama untuk mengatasi kemelut ini kerana jika tidak ditangani segera, ia akan meninggalkan impak lebih parah kepada masyarakat dan negara," katanya.Pada masa ini, Amerika Syarikat (AS) mempunyai 3.2 juta tenaga pengajar pelbagai institusi dan lebih separuh daripada mereka mempunyai kelayakan tinggi seperti profesor dan pensyarah manakala ada juga berpengalaman luas seperti bekas guru.Menurut Hussar, meneliti kelayakan sedia ada, tidak mungkin timbul pertikaian mengenai kemampuan guru mendidik pelajar dan beranggapan isu berkenaan sengaja diperbesarkan."Apabila isu remeh diperbesarkan, ia pasti menyebabkan keseluruhan institusi guru dipersalahkan."Jika ada masalah, berbincang secara berhemah, tidak perlu tuduh menuduh atau melakukan provokasi kerana tiada siapa yang sempurna," katanya.Bagaimanapun, kenyataan itu dibidas pakar kajian sosial dan pendidikan, Dr George Capple yang menganggap Hussar terlalu membela guru dan tidak mahu memahami masalah dihadapi pelajar, ibu bapa dan masyarakat."Kenyataan itu berat sebelah. Salahkah jika ibu bapa dan masyarakat mahukan pendidikan berkualiti."Ibu bapa dan masyarakat bukan mahukan kesempurnaan tapi komitmen."Malangnya guru lalai dan sibuk dengan agenda peribadi sehingga mengabaikan tanggung jawab mendidik pelajar," katanya.

MyMetro Online




22 June 2010

Kementerian teliti maklum balas

PUTRAJAYA: Proses pelantikan guru boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan, cekap dan pantas sekiranya perkongsian maklumat dari segi data pelatih antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) diperkemaskan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata melalui perkongsian itu, calon yang sudah lulus kursus perguruan tidak perlu lagi dilantik sebagai guru sandaran terlatih, sebaliknya boleh terus dilantik sebagai guru tetap.
“Dengan cara ini, kerajaan bukan saja dapat menjimatkan kos dan masa, tetapi juga memberikan status perjawatan yang lebih baik kepada guru yang sudah dilatih,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.
Mengulas mengenai cadangan pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Muhyiddin berkata, kementerian tidak menetapkan sebarang tempoh untuk melaksanakan cadangan itu, tetapi pihaknya memerlukan masa yang secukupnya untuk meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak.
“Saya belum menetapkan tempoh sama ada sebulan atau dua (bulan), tapi kita akan mengambil masa yang sesuai beritahu keputusan,” katanya.

Harian Metro Online

KUTIPAN PERDANA DATA EMIS 30 JUN 2010


PDF Cetak E-mail
Isnin, 21 Jun 2010 01:04
bkemaskiniipenting
Semua Guru Data Hilir Perak;

Berdasarkan pengumuman penting Portal EMIS Online, kerjasama semua Guru Data dipohon agar dapat mengemaskini data-data EMIS Online selewat-lewatnya 30 Jun 2010. Pihak JPN dan PPD akan melakukan proses verifikasi pada 1 - 11 Julai 2010. Sehubungan itu sila;

1. Menerima data MASUK atau memindah KELUAR data Guru/Staf pada kadar SEGERA.

2. Kemaskini data berkaitan:
a. Guru/Staf Baru Pindah Masuk/Baru mula berkhidmat di sekolah.
b. Subjek Ajar seperti surat JPN Perak Bil. J.Pel.Pk.(ICT)4668/11/3 Jld.6 (38) bertarikh 31 Mei 2010.
c. Enrolmen Tingkatan 6 Rendah seperti 30 Jun 2010.
d. Semua Enrolmen seperti Jun 2010.

3. Melakukan CETAKAN dan SEMAKAN dengan menggunakan Utiliti EMIS Online terkini. Sia muat turun dari Portal EMIS.

Semua Guru Data dinasihatkan sentiasa melayari Portal JPN Perak dan PPD untuk mengetahui pengumuman dari masa ke samasa. Sebarang pertanyaan sila hubungi Penyelia ICT Daerah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

PPD HILIR PERAK

21 June 2010

Mampu membunuh dalam senyap



KIRA-KIRA 20 tahun lalu, Daniel Chong dikejutkan dengan berita bahawa rakan baiknya terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kehilangan banyak darah.

Atas semangat setiakawan, dia bergegas ke hospital berkenaan untuk mendermakan darah bagi menyelamatkan nyawa rakannya. Namun niat murninya itu berakhir tanpa dilunaskan apabila dia sendiri terpaksa ditahan di hospital yang sama gara-gara menunjukkan petanda hipertensi.

"Alangkah terkejutnya saya ketika itu kerana saya langsung tidak mengalami sebarang simptom yang berkaitan dengan hipertensi sebelumnya. Doktor memberitahu dengan bacaan tekanan darah 190, saya berisiko mendapat serangan strok minor.

"Cuma saya perasan, imej yang saya pandang kelihatan semakin mengecil dan mengalami pening-pening biasa. Keadaan itu kemudian hilang apabila saya berjalan-jalan dan berehat sebentar," katanya yang kini berusia 52 tahun.

Tambahnya, penyakit darah tingginya itu diwarisi daripada ibunya yang menghidap hipertensi selain faktor penyumbang lain seperti tekanan kerja dan gaya hidup tidak sihat.

Bagi Zubaidah Omar, 56, yang merupakan seorang guru, dia tidak menyedari bahawa dirinya mempunyai penyakit tekanan darah tinggi sehinggalah dia berjumpa dengan doktor kerana mengalami kebas di bahagian kepala.

"Ketika itulah, doktor memberitahu saya mempunyai penyakit darah tinggi dengan kadar tekanan 190 berbanding tekanan normal 120 dan mempunyai risiko strok jika lambat mendapatkan rawatan.

"Saya diberikan ubat, tetapi apabila tekanan darah sudah normal saya jarang mengambil ubat. Sehinggalah pada satu masa ia kembali naik," katanya yang hanya menyedari menghidap penyakit itu dua tahun lalu.

Hipertensi atau darah tinggi yang merupakan pembunuh senyap merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.

Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90mmHg semasa keadaan rehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Pakar Kardiologi dan Pengarah Klinikal Perkhidmatan Kecemasan Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Azhari Rosman memberitahu, hipertensi merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan tekanan darah melebihi tekanan normal.

"Tekanan darah memang penting untuk menyalurkan darah kepada otot dan kepada organ-organ penting terutamanya otak, jantung dan buah pinggang.


SOKONGAN keluarga dan pengambilan makanan seimbang mampu menyumbang kepada paras kesihatan yang lebih baik.


"Tetapi kalau darah terlalu tinggi, lama-kelamaan keadaan tersebut boleh merosakkan organ-organ penting, yang paling ketara sekali ia boleh merosakkan pembuluh darah itu sendiri," katanya.

Tambahnya, paras kolestrol yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan pembuluh darah menjadi keras akibat penebalan kolestrol (arteriosklerosis) yang menyumbang kepada kerosakan organ.

"Hipertensi pada awalnya memang tiada sebarang gejala. Kalau kita tidak rawat dari awal, insiden kali pertama boleh terjadi dalam bentuk komplikasi seperti serangan jantung, kegagalan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.

"Keadaan tersebut boleh berlaku seberapa cepat bergantung kepada berapa tinggi tahap hipertensi dan berapa lama seseorang pesakit itu mengalaminya. Komplikasi tersebut akan berlaku dengan cepat apabila seseorang pesakit itu mempunyai penyakit-penyakit lain seperti kencing manis dan merokok," jelasnya.

Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada hipertensi iaitu keturunan, berat badan, tahap stres dan gaya hidup.

Menurutnya, hipertensi bukan seperti selesema. Hipertensi sudah bertapak lama dalam diri seseorang pesakit tanpa disedari. Jika hipertensi berada di peringkat awal, boleh dikawal dengan perubahan gaya hidup seperti senaman 120 minit seminggu, kurangkan makanan bergaram dan berkolesterol.

"Kerosakan sudah mula berlaku tetapi tidak semestinya ia akan menimbulkan strok kecuali apabila umur meningkat. Hanya sebahagian kecil penghidap hipertensi menunjukkan gejala yang tidak beberapa ketara seperti pening kepala, mabuk dan kabur mata.

"Oleh yang demikian, kita perlu sentiasa periksa tekanan darah lebih-lebih lagi mereka yang menjangkau usia 30 tahun terutamanya kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga supaya hipertensi boleh dikesan dan dicegah pada awal lagi," ujarnya.

Azhari memberitahu penyakit ini tidak akan hilang dan dalam kebanyakan kes ia boleh diklasifikasikan sebagai penyakit seumur hidup kerana seseorang penghidap hipertensi itu perlu bergantung pada ubat bagi mengawal tekanan darahnya.


RAWATAN dan pemeriksaan awal amat penting untuk memastikan keadaan hipertensi itu tidak berlarutan dan menjadi lebih buruk.


"Penyakit ini bukan seperti selesema, hari ini dapat minggu depan sudah baik dan boleh berhenti ubat. Ini penyakit seumur hidup, sentiasa kena jumpa doktor, makan ubat, amalkan gaya hidup sihat.

"Jika ada di antara penghidap hipertensi mahu mengamalkan ubat tradisional seperti herba hempedu bumi, tunjuk langit, misai kucing dan sebagainya, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Jangan sesekali berhenti mengambil ubat," pesannya.

Beliau mempamerkan kebimbangannya berhubung peningkatan penghidap hipertensi saban tahun memandangkan amalan hidup dan pemakanan yang tidak sihat diterapkan oleh ibu bapa kini terhadap anak masing-masing.

Katanya, kemungkinan pada masa akan datang risiko untuk mendapat hipertensi lebih awal.

"Kini, rakyat Malaysia belum merasai impak penyakit ini sepenuhnya. Kita akan merasai impaknya 15 tahun akan datang memandangkan kumpulan sekarang yang melalui cara hidup kurang sihat

"Dalam jangka masa 10 tahun akan datang, lebih ramai kelompok orang muda menghidapi penyakit ini dan terdedah kepada risiko strok, sakit jantung serta kegagalan buah pinggang.

"Hipertensi bukan lagi sakit yang menyerang orang tua, malah orang muda juga berpotensi untuk mengalaminya jika gaya hidup sihat tidak diamalkan," katanya.

Kosmo Online

20 June 2010

UPSR, PMR mungkin dimansuh


MUHYIDDIN dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman bersalaman dengan perwakilan pada perasmian mesyuarat UMNO Bahagian Pagoh di Muar semalam.


MUAR - Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sahaja," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh semalam.

Kosmo Online

Selamat kembali Ke Sekolah

Setelah bercuti selama 2 minggu warga SK Sungai Durian kembali semula kepada jadual persekolahan dengan azam yang lebih kuat untuk meneruskan matlamat 2010 untuk setengah tahun lagi.

10 June 2010

Umur 5 tahun mula sekolah

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang menimbang untuk mengurangkan umur murid yang mengikuti prasekolah secara formal daripada enam kepada lima tahun secara sepenuhnya pada akhir tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat-peringkat mulai tahun ini dan akan dimulakan di kawasan luar bandar dan perladangan terutama di sekolah yang kurang murid.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang membentangkan RMK-10 di Parlimen semalam berkata, pendidikan prasekolah telah dijadikan fokus utama di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan kadar enrolmen kepada 87 peratus pada tahun 2012 dan 92 peratus pada tahun 2015.

Dalam pada itu menurut beliau, pendidikan awal kanak-kanak akan menjadi agenda penting nasional melalui program Permata.

Ujar Najib lagi, program Permata adalah satu usaha kerajaan untuk mendidik kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan sistem itu diperluaskan di 457 pusat jagaan kanak-kanak dan sehingga kini berjaya mendidik 17,565 kanak-kanak.

Setakat ini, dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya 900 kanak-kanak pintar cerdas di negara ini.

Mengikut kajian pakar, secara amnya akan terdapat seorang yang pintar cerdas dari kalangan 10,000 kanak-kanak dan mengikut statistik 2007, jumlah kanak-kanak di bawah 14 tahun di Malaysia adalah seramai 8.9 juta.

Najib berkata, penyertaan kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun di peringkat prasekolah akan ditingkatkan daripada 67 peratus pada 2010 kepada 87 peratus pada 2012.


Kosmo Online

08 June 2010

JADUAL BERTUGAS MINGGUAN


Sebarang masalah atau pindaan sila hubungi Pn Misrina Samot untuk pemberitahuan.

06 June 2010

Facebook untuk muslim telah direka


Kepada semua pengguna fb kini telah ada fb muslim yang direka untuk pengguna Islam dalam rangkaian sosial . Ia telah direka oleh golongan muda dari Pakistan sebagai alternatif kepada pengguna Islam. Millatfaecbook.com klik di sini.

05 June 2010

Pengetua atur cuti Sabtu guru

KUALA LUMPUR: Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) mencadangkan guru besar dan pengetua mengeluarkan takwim serta mengatur jadual guru dengan terancang supaya pelaksanaan cuti dua kali Sabtu sebulan dapat dilaksanakan seperti ditetapkan pekeliling Kementerian Pelajaran.

Presiden KGMMB, Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata hanya perancangan teratur akan menjamin pelaksanaan cuti dua kali Sabtu itu berjalan lancar dan sebaiknya guru terbabit dimaklumkan lebih awal.
Katanya, beliau tidak mahu perkara berkenaan hanya tertulis sebagai pekeliling saja tetapi tidak dapat dipraktik dan guru terus menerima bebanan tugasan yang banyak. “Kita harap dengan adanya pekeliling itu, tiada pihak lain seperti Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mengambil kesempatan untuk melaksanakan program atau kursus pada Sabtu yang sepatutnya menjadi waktu rehat guru. Apa yang penting, hal berkaitan sekolah dan pelajar perlu diutamakan berbanding program peringkat PPD,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, kelmarin mengenai usaha terbaru Kementerian Pelajaran mewajibkan guru besar dan pengetua memberikan guru dua kali Sabtu setiap bulan untuk mengurangkan beban tugas mereka.

Katanya, guru besar dan pengetua tidak boleh memaksa guru bertugas pada setiap Sabtu untuk aktiviti kokurikulum dan akademik bagi memberi ruang kepada mereka berehat.

Sabri berkata, beliau berpendapat pemberian cuti dua kali Sabtu setiap bulan itu memberi kebaikan kepada sekolah yang mempunyai dua sesi yang menggunakan bangunan sekolah yang sama.
“Pemberian cuti itu akan memudahkan guru di sekolah dua sesi merancang jadual mereka dan bagi sekolah satu sesi kita harap dengan pemberian cuti dua kali Sabtu itu tidak timbul lagi guru bertugas sehingga 4.30 petang selepas memulakan tugas seawal 7.30 pagi,” katanya.

“Sepatutnya dengan adanya cuti pada Sabtu, guru boleh merancang aktiviti kokurikulum dan akademik dengan lebih sistematik dan mereka boleh pulang awal kerana tidak perlu melaksanakan aktiviti selepas waktu pengajaran,” katanya.

Kelmarin, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, meminta semua pengetua dan guru besar supaya akur dengan surat pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran itu.

Katanya, tindakan segelintir pengetua dan guru besar yang memaksa guru mereka mengajar kelas tambahan pada setiap hari Sabtu hanya merugikan pihak sekolah dan guru itu sendiri.


Berita Harian Online

04 June 2010

Guru cuti dua Sabtu sebulan

Pengetua wajib beri rehat untuk kurangkan beban tugas pengajar

PASIR PUTEH: Pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata mereka tidak boleh memaksa guru-guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik.
Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah," katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini semalam.

BERNAMA memetik Alimuddin berkata, pihak sekolah bagaimanapun boleh mengadakan aktiviti luar pada dua hari Sabtu setiap bulan dengan syarat merancang jadual lebih awal untuk memberi ruang guru merancang aktiviti keluarga.

Selain itu, beliau berkata, jika Sabtu jatuh pada hari kelepasan am, sekolah sama sekali tidak boleh memaksa guru bertugas.

Beliau mengulas rungutan guru yang dipaksa guru besar dan pengetua supaya mengajar kelas tambahan pada setiap Sabtu, menyebabkan mereka tiada waktu rehat secukupnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pelajaran mempertimbangkan supaya guru hanya bekerja lima hari seminggu, sama seperti penjawat awam lain.
Sementara itu, Presiden NUTP, Hashim Adnan, meminta semua pengetua dan guru besar akur surat pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran.

Katanya, ini kerana tindakan segelintir pengetua dan guru besar yang memaksa guru mengajar kelas tambahan pada setiap Sabtu hanya merugikan pihak sekolah dan guru sendiri.

“Jika guru dikerah mengajar setiap Sabtu, ia boleh menyebabkan mereka hilang fokus akibat keletihan apabila mengajar pada minggu berikutnya.

“Keputusan supaya guru wajib diberi rehat dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan adalah langkah yang tepat, namun NUTP tetap berpendapat guru wajib rehat pada setiap Sabtu,” katanya.

Selain itu, beliau meminta kementerian mengkaji semula Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2005 yang memberi kelonggaran kepada sekolah melaksanakan program pendidikan tidak lebih dua kali Sabtu dalam sebulan.

Sumber :Berita Harian Online/Sabtu/5 Jun 2010

SELAMAT BERCUTI

Selamat bercuti dari 5 Jun hingga 20 Jun 2010 walau bagaimanapun belajar tidak bercuti perlu diteruskan.

Hari Bertemu Ibu Bapa

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN