23 July 2012

JADUAL PERBENGKELAN VERIFIKASI DATA LINUS SARINGAN 2 (TAHUN1) DAN 8 (TAHUN 3)

Berikut adalah Jadual Perbengkelan Verifikasi Data Linus Saringan 2 (Tahun 1) dan Saringan 8 (Tahun 3) yang akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut :

KHAMIS 26 JULAI 2012

2.15 – 5.00 PTG.
SEKOLAH KELOMPOK 7 & 8 di PKG SELEKOH

2.15 – 5.00 PTG.SEKOLAH KELOMPOK 5 & 6 di PKG HUTAN MELINTANG

JUMAAT 27 JULAI 2012

2.45 – 5.00 PTG.
SEKOLAH KELOMPOK 1 & 2 di DEWAN CEMPAKA, PPD LAMA

2.45 – 5.00 PTG.
SEKOLAH KELOMPOK 3 & 4 di DEWAN ALAMANDA, PPD BAHARU

Oleh itu, mohon kerjasama Penyelaras Linus sekolah tuan untuk hadir ke perbengkelan tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn. Hj. Mohamed Sapari b. Mohamed Arshad, Pegawai Fasilinus Literasi di talian 019-5757193 atau En. Sajali b. Mohamad Hashim, Pegawai Fasilinus Numerasi di talian 012-6536433.

Sekian, terima kasih.

22 July 2012

PEMANTAUAN BERSEPADU 'SENSE OF URGENCY' DAERAH HILIR PERAK 2012

Kepada semua guru,

Pemantauan Bersepadu 'Sense of Urgency' Peperiksaan Awam (UPSR) bermula pada 24 Julai 2012.
Sebarang pertanyaan sila hubungi, Pn. Norshamsiah bt. Hassan Basri, PPPD Kurikulum (Bahasa) di talian 012-4340753.

Sekian, terima kasih.

17 July 2012

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-55 PERINGKAT SEKOLAH

Pelancaran bulan kemerdekaan kali ke-55 SK Sungai Durian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Pn. Nor Asiah Binti Ahmad (P.J.K) pada 18 Julai 2012.






PENGGUNAAN MODUL LITERASI DAN NUMERASI TAHUN 1, 2 DAN 3 SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH HILIR PERAK

Kepada semua guru LINUS,

Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak telah mengedarkan Modul Linus ( Literasi dan Numerasi ) untuk guru dan murid bagi Tahun 1, Tahun 2 dan tahun 3 ke sekolah tuan.
3. Sehubungan dengan itu, diminta pihak tuan dapat memanfaatkan sepenuhnya penggunaan modul tersebut khususnya untuk murid-murid yang masih berada dalam kategori Linus. Diminta tuan selaku ketua pentadbir sekolah memastikan guru-guru dan murid-murid menggunakan modul tersebut dalam pembelajaran dan pengajaran ketika dalam kelas linus dijalankan.
4. Untuk makluman tuan, pemantauan mengenai program Linus khususnya penggunaan modul ini akan dijalankan oleh Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak mulai 16 Julai 2012.

Sekian, terima kasih.

MAKLUMAT PENTING LINUS : SARINGAN BERTULIS TAHUN 1

Kepada semua guru LINUS,

1. Pastikan semua murid Tahun 1 disaring semula walaupun telah melepasi Aliran Perdana dalam Saringan 1.
2. Pastikan murid telah menguasai semua konstrak (1 hingga 12 konstruk) untuk disahkan sebagai murid Aliran Perdana.
3. Memastikan saringan dijalankan seawal 16 Julai 2012 supaya proses saringan dibuat dengan lebih berkesan.
4. Proses 'Key In' data saringan ke portal NKRA adalah bermula dari 23 Julai hingga 25 Julai 2012.
5. Tarikh Verifikasi Data akan bermula pada 26 Julai 2012.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn. Hj. Mohamed Sapari, Pegawai Fasilinus Literasi di talian 019-5757193 atau En. Nazamudin, Pegawai Fasilinus Numerasi di talian 013-4895411.

Sekian, terima kasih.

16 July 2012

PROSES PENGISIAN PRESTASI KSSR DALAM SPPBS ATAS TALIAN

Kepada semua guru KSSR,

Dimaklumkan bahawa bagi mengurangkan kesesakan capaian kepada SPPBS, pihak LP akan menggunakan konsep kemasukan prestasi mengikut zon. Proses ini akan dilaksanakan bermula 23 Julai 2012. Sehubungan itu, sebagai persediaan awal, pengguna digalakkan untuk mematuhi jadual yang telah ditetapkan seperti berikut:

Jadual Kemasukan Prestasi ke SPPBS mengikut zon :

Ahad-Kedah dan Kelantan sahaja
Isnin-Pulau Pinang, Perlis dan Perak sahaja
Selasa-WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor sahaja
Rabu-Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sahaja
Khamis-Pahang dan Terengganu sahaja
Jumaat-Sabah, Sarawak dan WP Labuan sahaja

Tindakan ini bersifat sementara sehingga masalah dapat diatasi.

Harap maklum.

(Sumber:Laman sesawang rasmi SPPBS)

11 July 2012

BENGKEL PELAKSANAAN SARINGAN 2 DAN 8 (MENULIS) PROGRAM LINUS BAGI MURID TAHUN 1 DAN 3, 2012

Kepada,

Guru Bahasa Melayu atau Matematik Tahun 3

Satu bengkel bagi tata cara pelaksanaan saringan menulis akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 13 Julai 2012 (Jumaat)
Masa : 2.45 petang
Tempat : Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak.

Pada hari bengkel, guru tersebut akan menerima Modul Linus Guru, Modul Murid Jilid 1 dan Modul Murid Jilid 2 bagi Tahun 1, 2 dan 3.

Sehubungan itu, Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Norshamsiah bt. Hassan Basri, PPPD Kurikulum (Bahasa) ditalian 012-4340753.

Sekian, terima kasih.
(Sumber:Portal PPD HP)

10 July 2012

SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA 2012


Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2012 telah dilaksanakan pada 10 Julai 2012 di padang SK Sungai Durian. Senamrobik ini telah disempurnakan oleh Pn. Nor Asiah Binti Ahmad P.J.K (Guru Besar). Senamrobik ini di bawah pimpinan Miss Fatheeha.

PENYERAHAN ANAK ANGKAT UPSR 2012


SK Sungai Durian telah mengadakan program Mento-Mentee untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Majlis penyerahan anak angkat telah disempurnakan oleh Pn. Nor Asiah Binti Ahmad P.J.K (Guru Besar) pada perhimpunan agung.

1. Nur Nazurah Binti Hisam Mudin - Cikgu Munazir & Miss Fatheeha

2. Muhammad Zakhir Zikry Bin Damizan - Cikgu Dawam, Cikgu Khairuddin & Ustaz Najib

3. Siti Nurazmira Shafika Binti M. Rohadzid - Cikgu Azli & Cikgu Faizul

03 July 2012

UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA PENERIMA APC KPM 2011 DARIPADA TUAN PEGAWAI PPD HILIR PERAK

Kepada Semua Penerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak 2011

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang sepanjang tahun 2011. Penganugerahan ini merupakan penghargaan terhadap kecemerlangan yang telah dicapai oleh warga pendidik. Penganugerahan ini bukanlah penamat kepada usaha untuk mencapai kecemerlangan seterusnya.

Harapan saya perubahan dan penambahbaikan berterusan dalam meningkatkan kualiti kerja yang cemerlang perlu dilakukan untuk merealisasikan hasrat PPD Hilir Perak mencapai matlamat ‘Ke Arah Hilir Perak Nombor 1’ . Setiap program dan aktiviti sewajarnya dilakukan secara bersungguh-sungguh dan ikhlas hati. Tanggungjawab perlu ditunaikan dan sumbangan perlu diberi dan pengorbanan perlu dilakukan supaya hasil dapat dituai dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Zainal Abiddin bin Osman, A.M.P
Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak.

(Sumber:Portal PPD Hilir Perak)

01 July 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2012


Peperiksaan Percubaan UPSR 2012 akan dijalankan mengikut ketetapan yang berikut :

Tarikh : 11 Julai - 13 Julai 2012
Hari : Rabu - Jumaat

Jadual peperiksaan telah diedarkan kepada semua murid. (klik pada gambar untuk paparan yang jelas)

SELAMAT MAJU JAYA


SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 2012


Senamrobik 1Murid 1Sukan akan diadakan pada ketetapan yang berikut :

Tarikh : 10 Julai 2012
Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang SK Sungai Durian

Semua dijemput hadir.

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN