28 February 2012

JADUAL PEPERIKSAAN SELARAS 1 (MAC 2012)

Peperiksaan Selaras 1 (Mac 2012) akan berlangsung pada 5-8 Mac 2012.

1. Klik di sini untuk muat turun jadual peperiksaan.

2. Semua guru klik di sini untuk muat turun pelan tindakan Peperiksaan Selaras 1 (Mac 2012).

23 February 2012

LINUS

taklimat pelaksanaan Saringan 1 dan Saringan 4.

Taklimat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 24 FEBRUARI 2012
Hari: Jumaat
Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Meja Linus Daerah Pn Norshamsiah bt Hassan Basri di talian 012 4340753.


APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) - MAKLUMAT TERKINI

PERHATIAN KEPADA ADMIN (PK/GK HEM) DAN GURU KELAS
Pengemaskinian info murid dilanjut sehingga 28 Februari 2012

MONTAJ MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23/2012

22 February 2012

UJIAN SELARAS 1 BULAN MAC 2012

Perhatian kepada semua guru,
Kertas soalan dan JSU untuk ujian selaras 1 hendaklah dibina sendiri. Satu salinan perlu dihantar kepada SU Peperiksaan untuk dihantar kepada PPD Hilir Perak sebelum 1 Mac 2012. Harap maklum.

20 February 2012

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PIBG KE-23/2012

Adalah dengan ini dimaklumkan Mesyuarat Agung PIBG SK Sungai Durian Ke-23/2012 akan diadakan seperti ketentuan yang berikut :

Tarikh : 24 Februari 2012
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Durian

Semua ibu bapa dan AJK PIBG dijemput hadir.

17 February 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23/2012

Notis panggilan mesyuarat agung PIBG Ke-23/2012 yang telah dikeluarkan minggu lepas adalah dibatalkan. Ia akan diberitahu kemudian oleh pihak setiausaha PIBG.
Harap maklum.

16 February 2012

APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

Sila ke http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia/

DASAR GURU PENYAYANG

a) Dasar ini dijadikan Dasar Kebangsaan mulai Februari 2012 dan dilaksanakan sepenuhnya pada bulan Mac.
b) Menyambut kehadiran pelajar di pintu pagar adalah wajib untuk memberikan perhatian dan penyayang.
c) Lihat juga “kelesuan" palajar dari segi mental dan fizikal.
d) Semasa pelajar pulang, guru juga perlu memantau situasi berkenaan.
e) Guru perempuan juga perlu bersama bagi membantu pelajar perempuan.
f) Pastikan pendekatan penyayang yang berhemah dilaksanakan.

14 February 2012

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KELOMPOK4/2012 DAERAH HILIR PERAK

Selamat maju jaya dan selamat berjuang kepada semua kontijen SK Sungai Durian dalam kejohanan balapan dan padang sekolah rendah kelompok 4/2012 yang akan berlangsung pada 15 Februari 2012 di Stadium Sabak Bernam.

Kejaayaan dijulang : 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa.

09 February 2012

SISTEM PENGURUSAN PUSAT SUMBER v1.0


Sistem Pengurusan Pusat Sumber v1.0 telah dibangunkan oleh guru penyelaras PSS/Media SK Sungai Durian iaitu cikgu Faizul untuk kegunaan dalaman pusat sumber di bawah pengelolaan beliau.

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN