28 March 2012

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN MAHRAJAN KESENIAN ISLAM KELOMPOK 4/2012

Majlis ini telah berlangsung pada 26 Mac 2012 (Isnin) di SK Dato' Laksamana Raja Mahkota. Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan tahniah kepada :

1. Muhammad Zakhir Zikry Bin Damizan - Johan Tilawah Al-Quran Lelaki
2. Dhiya Shafiqah Binti Mohamad Azmi - Tempat Kedua Tilawah Al-Quran Perempuan
3. Nur Syafiqah Aina Binti Rozaimi - Johan Rawi Perempuan
4. Muhammad Rafiq Razidi Bin Damizan - Johan Rawi Lelaki
5. Kumpulan Kompang Selawat - Johan tanpa bertanding.

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU KELOMPOK 4 2012

Nur Nazurah Binti Hisam Mudin telah mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita bahasa Melayu kelompok 4/2012 yang telah berlangsung pada 27 Mac 2012 (Selasa) di SK Selabak. Beliau telah mendapat tempat saguhati.
Walaubagaimanapun, pihak sekolah merakamkan syabas dan tahniah kerana telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam petandingan tersebut.

08 March 2012

SARINGAN KHAS LINUS 2012

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai Saringan Khas bagi murid-murid Tahun 2 dan 3 yang perlu diambil perhatian:
1. Saringan Khas perlu dijalankan untuk memastikan murid-murid Tahun 2 dan 3 menguasai 3M dan sebagai persediaan murid ke Tahun 3 dan 4 pada 2013.
2. Saringan Khas merupakan verifikasi untuk murid-murid Aliran Perdana (menguasai hingga Konstruk 12-Membina ayat mudah).
3. Jawatankuasa PEMANDU NKRA , telah mengeluarkan arahan agar murid-murid tahun 2 dan 3 dijalankan Saringan Khas.
4. Di dalam Saringan Khas, tidak ada Konstruk 1,2, dan 4. Ada elemen membaca, menulis, mengira dan memahami. Masa 30 minit diperuntukkan, untuk melihat penguasaan dan bukan pencapaian.
5. Saringan Khas akan melibatkan murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3.
6. Guru Bahasa Melayu dan guru Matematik Tahun 3 boleh membuat 'Pre-Test' berdasarkan Instrumen Rintis Saringan Khas. Klik di sini.
7. Pihak sekolah harus bijak merancang pelaksanaan 'Pre-Test' dan boleh dilaksanakan secara berulangan untuk tujuan Peneguhan dan Pemantapan.
8. Perhatian: Semasa Saringan Khas sebenar dijalankan, tiada bimbingan dan bantuan boleh diberikan kepada murid kerana ia berbeza dengan Saringan Linus biasa.

Sebarang pertanyaan mengenai Saringan Khas, sila hubungi Pegawai Kurikulum Fasilinus di talian 019-5707193.

WARGA SK SUNGAI DURIAN


BATIK SERAGAM SK SUNGAI DURIAN

03 March 2012

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK 2012

Jutaan tahniah dan syabas kepada Ain Iszuani Binti Samsudin (80 m larian berpagar ) dan Muhammad Mustaqim Bin Badrol Sham (lontar peluru) kerana mewakili kelompok 4 Hilir Perak ke kejohanan tersebut pada 8 Mac 2012. Selamat maju jaya dan mendulang emas.

BAYARAN BANTUAN KHAS RM100 MURID TAHUN 1 TAHUN 2012

Semua Guru Besar,
SK/SJKC/SJKT Negeri Perak.

Mohon kerjasama tuan untuk mematuhi Garis Panduan yang dikeluarkan sebelum ini di samping melengkapkan Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan RM100 dan dihantar ke Unit Hal Ehwal Murid daerah Hilir Perak U.P: Tn. Hj. Nur Khuzaizi b. Md. Yussoff sebaik sahaja urusan pembayaran selesai.

MAJLIS PENYAMPAIAN GERAN KELAB GURU

Pengerusi Kelab guru sekolah masing-masing bagi menghadiri majlis tersebut seperti butiran di bawah:

Tarikh : 9 Mac 2012 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Alamanda, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urus setia majlis (Hj. Amir Bin Kamarudin) di talian 0195521135.

PELAN TINDAKAN SAPS NKRA KPM 2012

Semua guru dikehendaki memuat turun pelan tindakan SAPS NKRA KPM 2012 di sini.
Untuk pengetahuan semua, SAPS NKRA KPM 2012 hanya digunakan untuk murid-murid tahun 3 hingga tahun 6 sahaja.

PUSAT SUMBER GEMILANG SK SUNGAI DURIAN






KHIDMAT BANTU PSS SESI 1/2012




Terima kasih kepada semua murid yang terlibat dalam menjayakan khidmat bantu PSS SK Sungai Durian sesi 1/2012.

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN