28 August 2012

MAJLIS BACAAN YASSIN & SOLAT HAJAT PERDANA PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak akan mengadakan majlis tersebut seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 06 September 2012 (Khamis)
Masa : 7.30 malam
Tempat : Masjid al-Aula, Simpang Empat, Hutan Melintang.

15 August 2012

PENGISIAN STANDARD PRESTASI KSSR TAHUN 1 DAN TAHUN 2

Mohon kerjasama semua guru KSSR mengisi prestasi murid-murid dalam SPPBS online di laman SPPBS KPM yang telah diaktifkan di ruangan APLIKASI ATAS TALIAN.

Pengisian Band mengikut bulan :
Mac – Band 1
Mei – Band 2
Julai – Band 3
September – Band 4
Oktober – Band 5
November – Band 6

Sekian, terima kasih.

SOAL SELIDIK PELAKSANAAN PBS DI SEKOLAH

Makluman untuk tindakan tuan.

Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesediaan guru melaksanakan PBS. Dapatan soal selidik ini dapat membantu KPM merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS. Semua guru Tahun Satu, Tahun Dua, Tahun Tiga dan Tingkatan Satu WAJIB menjawab soal selidik ini secara online. Borang soal selidik telah diaktifkan di ruangan APLIKASI ATAS TALIAN.

Sekian, terima kasih.


11 August 2012

TAMBAHAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju agar sekolah-sekolah di negeri Kumpulan B diberi tambahan cuti berganti pada hari Khamis, 16 Ogos 2012. Hari gantinya akan diadakan serentak pada 8 September 2012 (Sabtu) bagi sekolah-sekolah di negeri Perak.
Kelulusan cuti ini hanya akan diberi kepada sekolah-sekolah yang memohon sahaja. Hantar permohonan Cuti Berganti tersebut kepada Unit Perhubungan dan Pendaftar JPN Perak untuk kelulusan. Satu salinan permohonan hendaklah dihantar kepada Penolong PPD Perhubungan daerah Hilir Perak.
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Hj. Ahmad Faisal bin Zakaria di talian 05-6221970 sambungan 205 atau 019-5711527.

09 August 2012

SEMINAR KEIBUBAPAAN MENANGANI ISU-ISU LGBT

Seminar tersebut akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh / Hari : 15 Ogos 2012 / Rabu
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Lobi Hotel Grand Court Teluk Intan

Para peserta yang terlibat ialah :

1. Pn. Nor Asiah Binti Ahmad P.J.K (Guru Besar)
2. En. Azli Bin A. Kadir (GK HEM)
3. En. Abdul Razak Bin Mohamed Aris (YDP PIBG)

07 August 2012

PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN / NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH SESI JANUARI 2013, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan pertukaran guru Antara bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Sesi Januari 2013 melalui aplikasi e-GTukar akan di buka mulai 1 - 30 September 2012.

untuk keterangan lanjut, layari klik di sini

KAKITANGAN SK SUNGAI DURIAN

klik pada gambar untuk paparan yang jelas.

04 August 2012

PANORAMA KEBERANGKATAN TIBA

Gambar sebelah kiri - Jambatan ke SK Sungai Durian
Gambar sebelah Kanan - Pintu masuk utama SK Sungai Durian

02 August 2012

SSQS 2012


Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar amnya dan Penyelaras Bestari SK Sungai Durian iaitu En. Mohamad Munazir Bin Mohamad khususnya kerana telah membawa SK Sungai Durian mendahului pengisian SSQS 2012.



E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN