30 March 2011

Laporan Abdul Rahman Arshad



Laporan Abdul Rahman Arshad telah mengemukakan perakuan kepada kerajaan pada bulan Ogos 1996. Laporan ini dibahagikan kepada empat kelompok:-
  • Skim Perkhidmatan dan Prospek Kenaikan Pangkat
  • Beban Tugas Pengurusan, Pengajaran dan Pembelajaran
  • Insentif dan Kebajikan
  • Kemudahan dan Prasarana
Terdapat 82 perakuan yang bernas yang dikemukakan oleh Jawatankuasa ini.Jawatankuasa ini telah bertemu dan berbincang dengan semua kesatuan guru dan badan profesional yang telah diadakan di merata tempat di Malaysia. Mereka juga telah membuat penyiasatan dan pengkajian tentang keadaan di bandar, di luar bandar dan di kawasan pedalaman.

YB Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak harus dipuji kerana telah melaksanakan beberapa perakuan Laporan Abdul Rahman Arshad (LARA) ini. Perakuan ini telah memberikan nafas baru kepada Perkhidmatan Pendidikan.

Menteri Pendidikan Baru YB Senator Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamad harus memberikan perhatian yang serius dan melaksanakan perakuan-perakuan lain. Janganlah terlalu menumpukan perhatian kepada Pengajian Tinggi sahaja sehingga melupakan akar umbi kita.

KPPK yakin bahawa Tan Sri Rahman Arshad yang merupakan seorang pendidik negara pasti mempunyai pengalaman yang banyak selaku bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Sebahagian daripada perakuan itu benar-benar untuk penyelesaian masalah yang dihadapi oleh guru-guru. Kita harus membaca serta memahami Perakuan LARA. Kita yakin bahawa sebahagian besar perakuan itu akan dapat menyelesaikan "penyakit tua" dalam sistem pendidikan Malaysia.

KPPK telah menerima jaminan daripada Kementerian Pendidikan bahawa perakuan-perakuan itu akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan. Tetapi kini nampaknya, perakuan-perakuan Rahman Arshad seolah-olah telah dibekukan.

Banyak perakuan yang akan membawa nafas baru kepada profesion perguruan terkandung dalam Laporan ini termasuk perakuan tentang kelas tambahan, beban guru, peruntukan kewangan, PJJ, Jawatan Kritikal dll.

Janganlah biarkan Laporan Rahman Arshad ini juga menemui ajalnya seperti laporan-laporan lain. Janganlah kita sekali lagi membuktikan bahawa kita hanya pandai menyediakan laporan tetapi tidak mampu melaksanakan perakuan-perakuan laporan kerana takut kepada realiti.

Sumber:
~Berita Perkhidmatan Cikgu Net http://www.oocities.org/pendidikmy/berita/isu15.html

27 March 2011

Permohonan pertukaran guru Jun 2011

Permohonan pertukaran guru Jun 2011 secara atas talian akan bermula 1 April hingga 22 April 2011. Klik pada banner egtukar untuk ke pautan sistem.

26 March 2011

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Kelompok 4 Daerah Hilir Perak

Selamat berjaya kepada dua orang wakil SK Sungai Durian iaitu Ahmad Athoi Illah Bin Mohamad Azmi dan Dhiya Syafiqah Binti Mohamad Azmi ke Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Kelompok 4 Daerah Hilir Perak pada 28 Mac 2011 (Isnin).

23 March 2011

PENDIDIK KREATIF SEBAGAI TERAS TRANSFORMASI LITERASI KREATIF DI MALAYSIA

PENDIDIK KREATIF SEBAGAI TERAS TRANSFORMASI
LITERASI KREATIF DI MALAYSIA

Mohd. Azhar Abd. Hamid
Zainudin Hassan
Esa Khalid
Othman Abu Kassim
Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
Universiti Teknologi Malaysia

rujuk dibawah untuk bacaan lebih lanjut

http://eprints.utm.my/2286/1/PENDIDIK_KREATIF_SEBAGAI_TERAS_TRANSFORMASI.pdf

07 March 2011

Piagam Pelanggan

Bahawasanya Sekolah Kebangsaan Sungai Durian, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan akan sentiasa memberi layanan yang baik dan berkualiti kepada semua pelanggan kami seperti yang berikut :


PELANGGAN PERTAMA : PELAJAR

1. Semua pelajar akan mendapat tempat apabila mendaftar di sini.

2. Semua pelajar akan mendapat didikan yang maksimum.

3. Semua pelajar akan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan didik hibur.

4. Semua pelajar akan mendapat bahan bantu belajar yang baik dan mencukupi.

5. Semua pelajar akan dibimbing dan dididik supaya berdaya saing, berakhlak dan yakin pada diri sendiri.

6. Semua pelajar akan menerima keputusan peperiksaan dalam tempoh dua minggu peperiksaan dijalankan.

7. Semua pelajar akan melibatkan diri dalam bidang akademik dan kokurikulum.


PELANGGAN KEDUA : KAKITANGAN AKADEMIK

1. Semua kakitangan akademik akan mendapat waktu mengajar yang sepatutnya mengikut kelayakan iktisas.

2. Semua kakitangan akademik akan mengajar mata pelajaran mengikut opsyen.

3. Semua kakitangan akademik akan mempunyai bilik yang kondusif.

4. Semua kakitangan akademik akan mendapat layanan dan kebajikan yang sama dalam apa jua perkara.

5. Semua kakitangan akademik akan diberi peluang dan galakan untuk menyambung pelajaran dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.

6. Semua keperluan bahan bantu mengajar kakitangan akademik akan dipenuhi mengikut peruntukan kerajaan dan suwa.

PELANGGAN KETIGA : KAKITANGAN SOKONGAN

1. Semua kakitangan sokongan akan mempunyai bilik yang kondusif.

2. Semua kakitangan sokongan akan mendapat layanan dan kebajikan yang sama dalam apa jua perkara.

3. Semua kakitangan sokongan akan diberi peluang dan galakan untuk menyambung pelajaran dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.

4. Semua keperluan pengurusan pentadbiran kakitangan sokongan akan dipenuhi mengikut peruntukan kerajaan dan suwa.

5. Semua kakitangan sokongan akan menjawab panggilan telefon selepas deringan yang ketiga.

PELANGGAN KEEMPAT : IBU BAPA / PENJAGA

1. Semua ibu bapa/penjaga akan disambut dengan salam dan senyuman.

2. Semua ibu bapa/penjaga akan mendapat maklum balas aduan/cadangan yang disampaikan dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja.

3. Semua ibu bapa/penjaga akan menerima keputusan peperiksaan anak-anak dalam tempoh dua minggu selepas peperiksaan dijalankan.

4. Semua ibu bapa/penjaga yang membuat sebarang permohonan berkaitan akan diluluskan dengan kadar segera sekiranya borang permohonan yang berkaitan lengkap.

5. Semua ibu bapa/penjaga akan dimaklumkan dengan kadar segera sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.


PELANGGAN KELIMA : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK DAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH HILIR PERAK


1. Sentiasa memberi kerjasama dalam apa jua perkara yang berbangkit.

2. Sentiasa menyampaikan maklumat, menghantar laporan dan data yang berkaitan dengan tepat, telus, dan betul.

3. Sentiasa menyampaikan maklumat, menghantar laporan dan data yang berkaitan mengikut masa yang ditetapkan.

4. Sentiasa memberikan maklum balas dan membalas surat-menyurat yang diterima dengan kadar segera.

05 March 2011

Sekalung Penghargaan

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Toh Seri Lela Paduka Dato' Hj. Sulaiman Bin Mat Nawi (Orang Besar Jajahan Negeri Perak Darul Ridzuan) kerana sudi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Sungai Durian Kali ke-22/2011
dan
penyampaian sumbangan peribadi tiga unit kipas syiling untuk kantin sekolah

TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN

02 March 2011

Mesyuarat Agung PIBG SK Sungai Durian Kali Ke 22

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga.
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 22 yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 9 Mac 2011
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan SK Sungai Durian

Semua ibu bapa / penjaga dijemput hadir demi kelangsungan kecemerlangan pelajar dan sekolah.

01 March 2011

E-Penyata Gaji dan E-Laporan

Semua guru dikehendaki mencetak sendiri :
1. penyata gaji bulanan
2. penyata pendapatan tahunan

Sila dapatkan ID dan password masing-masing di pejabat pentadbiran.

Untuk akses sistem tersebut, sila ke linkbar di sudut kanan laman blog ini.

Pekeliling pelaksanaan e-penyata gaji dan laporan.

semua guru boleh mendapatkan pekeliling tersebut di sini

Pusat Sumber SK Sungai Durian kembali ceria.

Pusat Sumber Gemilang (PSG) SK sungai Durian kembali ceria setelah proses penjenamaan dan pengubahsuaian PSS telah dilakukan oleh guru penyelaras dan pengawas-pengawas PSG.

Tahniah diucapkan kepada cikgu Faizul dan pengawas-pengawas PSG.

Perancangan Strategik 2011

muat turun semua dokumen perancangan strategik SK Sungai Durian di sini

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN