28 January 2012

PALANG AUTOMATIK DI PPD HILIR PERAK

SEBARAN UMUM

Adalah dimaklumkan bahawa palang automatik akan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Februari 2012. Bagi pegawai dan kakitangan yang mempunyai pelekat kenderaan khas PPD akan dibenarkan masuk tanpa perlu mendaftar di pondok keselamatan.Pelawat yang ingin berurusan dengan pejabat ini perlu mendaftar di pondok keselamatan dan diminta meletak kenderaan dipetak yang telah disediakan. Kawasan berbumbung hanya untuk kakitangan pejabat ini sahaja.

24 January 2012

SEBARAN UMUM BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA

Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1-800-222-500 atau 1-300-883-010 antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang waktu bekerja untuk memeriksa status permohonan.
Atau anda boleh mula menghantar pertanyaan email ke belanjawan2012@treasury.gov.my.
Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.

15 January 2012

OPERASI PUSAT SUMBER GEMILANG 2012


Pusat Sumber Gemilang (PSG) akan mula beroperasi pada 16 Januari 2012. Semua murid boleh mengambil kad pinjaman murid pada hari tersebut untuk proses pinjaman buku.

10 January 2012

PENJENAMAAN 2012

1. Nama kelas :

Tahun 1 : 1 Saga
Tahun 2 : 2 Wira
Tahun 3 : 3 Satria
Tahun 4 : 4 Perdana
Tahun 5 : 5 Persona
Tahun 6 : 6 Exora

2. Blok :

makmal komputer : Blok Pintar
bangunan kelas : Blok Ilmu
bilik BOSS dan PSS : Blok Bitara
tapak perhimpunan : Dataran Saujana
bengkel KH dan bilik PJK : Blok Cergas
Pejabat : Blok Saujana
Kantin : Medan Selera
Dewan : Dewan Pujangga
Pondok Ilmu : Pondok Info
Ruang rehat pelajar : Laman Nilam

3. Laluan :

antara PSS, Blok Pintar dan Blok Ilmu : Laluan Sarjana
sepanjang laluan ke kantin : Laluan Indah
sepanjang laluan ke pejabat : Laluan Selesa

07 January 2012

KAKITANGAN SK SUNGAI DURIAN 2012

Guru-guru pentadbir :
1. Pn. Nor Asiah Binti Ahmad - Guru Besar
2. En. Dawam Bin Arshad - GK Pentadbiran
3. En. Azli Bin A. Kadir - GK HEM
4. Ust. M. Najib Bin Hisham - GK Kokurikulum

Guru-guru penolong :
1. En. Mohd Faizul Hafiz Bin A. Razak
2. En. Ahmad Khairuddin Bin Mohamad Shuhaili
3. En. Mohd Khairul Sukri Bin Che Omar
4. En. Mohamad Munazir bin Mohamad
5. Cik Noor Fatheeha Binti Mohamad

Kakitangan sokongan :
1. Pn. Misrina Binti Samot - Pembantu Tadbir

Kakitangan Swasta :
1. En. Husman Bin Ahmad
2. Pn. Norpisah Binti Shazali
3. Pn. Norihan Binti Mat Ali
4. En. Mohd Sadli Bin Tumin
5. En. Makmum Bin Norjakasan

03 January 2012

SUKATAN DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Semua sukatan dan huraian sukatan pelajaran boleh didapati di sini

KESIAPSIAGAAN SEKOLAH UNTUK HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2012

Merujuk edaran Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BPSH-SPDK)201/005/03(06) bertarikh 22 Disember 2011 adalah berhubung perkara diatas. Untuk makluman pihak tuan, berdasarkan keputusan mesyuarat yang dipengerusikan YAB Menter Pelajaran pada 14 Disember 2011 telah memutuskan semua sekolah perlu membuat persediaan rapi bagi menghadapi sesi persekolahan 2012. Jesteru itu, pihak sekolah perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut :
  • Kehadiran guru di dalam kelas : Semua guru perlu berada di dalam kelas.
  • Kekemasan bilik darjah dan ruang P&P.
  • Susun atur kerusi dan meja.
  • Pengurusan buku teks bagi setiap murid.
  • Jadual waktu kelas disediakan dan dipaparkan.
  • Pengajaran dan Pembelajaran berjalan sepanjang masa persekolahan.
  • Semua murid disediakan dengan peraturan disiplin dan ditaklimatkan.
  • Persekitaran sekolah dalam keadaan kondusif.
  • Tandas dalam keadaan bersih dan berfungsi.
  • Tiada sebarang bentuk kutipan yuran atau bayaran tambahan.(Kecuali sumbangan PIBG yang telah dipersetujui oleh pihak PIBG)

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN