24 December 2012

SEMAKAN PENEMPATAN RK DAN KAA 2013

Semakan penempatan Rancangan Khas (RK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) 2013 boleh disemak mulai hari ini. sila ke ruangan 'SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN'.

JUALAN BUKU 2013

Kepada semua ibu bapa/penjaga dan murid-murid SK Sungai Durian.

Jualan buku akan dibuka pada 28 Disember 2012 (Jumaat) mulai jam 9.00 pagi. Kepada murid-murid yang masih belum mendapat buku teks, sila datang pada hari berkenaan.

Harap sebarkan. Terima kasih.

20 December 2012

TAHNIAH

Ucapan tahniah kepada semua pelajar darjah 6 Exora kerana telah meraih kejayaan dalam peperiksaan UPSR 2012. Keputusan UPSR 2012 telah diumumkan pada 21 November 2012 yang lalu.

Ucapan tahniah juga diberikan kepada semua bekas pelajar SK Sungai Durian yang telah meraih kejayaan dalam peperiksaan PMR 2012 yang telah diumumkan pada 19 Disember 2012 yang lalu.

KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI

10 November 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 akan diumumkan pada 19 November ini. Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataan semalam, berkata semua 517,139 calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

Semakan keputusan UPSR 2012 melalui sms : Semakan melalui sms boleh dibuat mulai 10.00 pagi (19.11.2012) hingga 11.59 malam (25.11.2012).

UPSR(jarak)ANGKAGILIRAN dan hantar ke 15888

Perhatian : ANGKAGILIRAN hendaklah dirapatkan. contoh : AZ0991001

09 November 2012

SENARAI PENERIMA-PENERIMA HAKA 2012

Senarai Penerima-Penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik 2012 yang telah berlangsung pada 8 November 2012 (Khamis) di Dewan Seri Mutiara SK Sungai Durian, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan yang disempurnakan oleh Ybhg. En. Azmi Bin Ismail, Penyelia Perhubungan dan Pembangunan Desa KEMAS Dun Kampung Gajah merangkap Presiden MAYC Negeri Perak.

MONTAJ HAKA 2012


PANORAMA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2012





16 October 2012

KAKITANGAN AKADEMIK MENGIKUT PANITIA 2012

Panitia Bahasa Melayu :
1. En. Mohd Faizul Hafiz Bin A. Razak - Ketua Panitia
2. En. Muhamad Munazir Bin Mohamad
3. En. Ahmad Khairuddin Bin Mohamad Shuhaili
4. En. Azli Bin A. Kadir

Panitia Bahasa Inggeris :
1. Cik Noor Fatheeha Binti Mohamed - Ketua Panitia
2. En. Dawam Bin Arshad
3. En. Ahmad Khairuddin Bin Mohamad Shuhaili

Panitia Matematik :
1. En. Azli Bin A. Kadir - Ketua Panitia
2. En. Mohd Faizul Hafiz Bin A. Razak

Panitia Sains :
1. En. Dawam Bin Arshad - Ketua Panitia
2. Cik Noor Fatheeha Binti Mohamed
3. En. Ahmad Khairuddin Bin Mohamad Shuhaili

Panitia Pendidikan Islam
1. En. M. Najib Bin Hisham - Ketua Panitia

24 September 2012

TIGA GELOMBANG PEMBAHARUAN DALAM PENDIDIKAN

TIGA gelombang pembaharuan yang bertujuan meningkatkan prestasi sistem pendidikan negara ditetapkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun bermula tahun depan hingga 2025. Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menjelaskan, menerusi Gelombang Pertama membabitkan tahun pelaksanaan 2013 hingga 2015, sasaran diletakkan bagi menambah baik kualiti pendidikan negara supaya setanding dengan pencapaian purata global. Menurut laporan itu, sepanjang pelaksanaan gelombang itu, Kementerian Pelajaran menentukan tiga bidang tumpuan iaitu menambah baik pengajaran di bilik darjah, meningkatkan kepimpinan kementerian dan sekolah serta meningkatkan kecekapan guru bahasa Inggeris. "Hal ini tidak bermakna inisiatif perubahan akan menumpukan perhatian kepada tiga bidang berkenaan sahaja malah terdapat inisiatif yang memberikan tumpuan kepada isu lain seperti penambahbaikan kurikulum dan peningkatan infrastruktur. "Bagaimanapun, tiga bidang itu dipilih sama ada ketiga-tiganya merupakan pemacu utama bagi menambah baik kualiti guru dan pengetua atau kerana keperluan bagi keseluruhan aspirasi ekonomi negara (bahasa Inggeris)," jelas laporan tersebut. Bagi Gelombang Kedua (2016-2020), laporan berkenaan memberitahu, kementerian akan melaksanakan perubahan dari segi struktur untuk mempercepat langkah perubahan dengan perancangan bagi semua inisiatif akan bermula semasa gelombang pertama. Perancangan itu termasuk menggerakkan semua 410,000 orang guru dan 10,000 pengetua atau guru besar kepada pakej kerjaya baru selain menstruktur dan menjajarkan pejabat Persekutuan, negeri serta daerah terhadap fungsi baru. Ini bagi membolehkan pejabat berkenaan membantu sekolah dan memperkenalkan kurikulum sekolah menengah yang baru dan kurikulum sekolah rendah yang disemak dalam menangani isu mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk berkembang maju di persekitaran ekonomi global masa kini. Sementara itu laporan itu menyebut, semasa awal Gelombang Ketiga (2021-2025) pula, semua sekolah, guru dan pengetua seharusnya menunjukkan prestasi yang lebih tinggi daripada standard minimum. "Oleh itu, kementerian akan menumpukan perhatian kepada peningkatan keluwesan operasi untuk menyemai budaya pemimpin rakan sebaya ke arah kecemerlangan profesional. Kementerian juga akan menggerakkan kebanyakan sekolah, jika tidak semuanya, ke arah model pengurusan berasaskan sekolah dan menambah model inovasi pengajaran yang berjaya. "Matlamatnya adalah untuk membentuk suatu sistem tadbir urus kendiri yang mampu membuat pembaharuan dan membawa pencapaian ke tahap lebih tinggi," tambah laporan itu. Jelas laporan itu, kementerian menyedari kepentingan serta kesegeraan dalam melaksanakan tugasan yang sedang dijalankan dan untuk itu, kementerian akan mula mengambil tindakan awal dalam beberapa bidang kritikal. "Sebahagian besar daripada tindakan awal itu akan menjadi asas perubahan dramatik pada masa depan. Bagaimanapun kementerian juga menyedari keperluan menghasilkan pencapaian dengan kadar segera dan konsisten bagi membina dan mengekalkan momentum transformasi. "Dalam 12 bulan yang akan datang, kementerian mempunyai kesungguhan untuk melaksanakan perubahan dan mendapatkan hasil seperti semua 70,000 guru bahasa Inggeris dinilai pada tahap kecekapan berbahasa mengikut standard antarabangsa dan syarat pengambilan guru diperketat selain semua 10,000 sekolah rendah dan menengah kebangsaan akan mendapat liputan internet 4G melalui pelaksanaan 1BestariNet," jelas laporan berkenaan.

KURIKULUM BAHARU MULAI 2016

KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Semakan Semula (KSSR) mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara. Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global. Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum. Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid tahun enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata. Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat. Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu gelombang satu (2012-2015) iaitu fasa persediaan, gelombang kedua (2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan dan gelombang ketiga (2021-2025) iaitu fasa pentaksiran. Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebagai persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian akan memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada guru bagi meningkatkan sistem penyampaian. "Kementerian sedar masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan kedua-dua aspek kurikulum baru ini, untuk itu gelombang pertama transformasi pendidikan akan memberi tumpuan kepada inisiatif jangka pendek. "Ia bagi memastikan kurikulum bertulis, kurikulum yang diajar dan kurikulum pentaksiran dapat ditambah baik selain meletakkan asas kepada perubahan fundamental sebelum gelombang kedua dan ketiga dilaksana dan dikaji semula untuk melihat tahap pencapaian," jelas laporan itu.




18 September 2012

MINGGU SAINS SK SUNGAI DURIAN 2012





Tarikh : 18 - 21 September 2012
Hari : Selasa - Jumaat

Tema : Pemulihara Penyu dan Alam Sekitar

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN