24 April 2011

Ciri-Ciri Dan Potensi Diri Guru Berkesan Dalam Merealisasikan Pendidikan Cemerlang

Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

  • Bersikap profesional.

  • Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

  • Kaya ilmu.

  • Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

  • Bermoral teguh.

  • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

  • Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

  • Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

  • Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

  • Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.

  • Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

  • Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

  • Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

  • Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

  • Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

  • Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

  • Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Sumber : http://www.angelfire.com/journal2/fakir_zamani/ceramah3.htm

KOLOKIUM SEKOLAH TERINTANG

PENGENALAN :

Sekolah Terintang terkandung di dalamnya Sekolah Murid Orang Asli dan Penan, Sekolah Kurang Murid, Sekolah Kecil, Sekolah Terpencil, Sekolah Pulau dan Sekolah Pedalaman di Malaysia. Kolokium Sekolah Terintang merupakan satu kolokium yang menyentuh mengenai Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah berkenaan.

Pelbagai isu dan kejayaan dari segi pengurusan dan kepimpinan akan diketengahkan di dalam kolokium ini.


TEMA :
"Kes-kes Kejayaan Pengurusan dan Kepimpinan
Sekolah Terintang"


Tarikh & Tempat :
25 hingga 28 September 2011 (Hari Ahad hingga Hari Rabu)
Kampus Induk,
Institut Aminuddin Baki,
Genting Highlands,
Pahang Darul Makmur

KERTAS KERJA :
Kertas Ucap Utama

  1. Kompetensi Pengurus dan Pemimpin Sekolah dalam Meningkatkan Prestasi Murid dan Sekolah.
  2. Isu dan Cabaran Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Terintang.

Mereka yang berminat untuk menjadi peserta, tuan boleh memohon melalui Menu Borang Penyertaan yang disediakan di dalam Laman Web Kolokium ini. Ianya terbuka dan khusus kepada pengurus dan pemimpin Sekolah Terintang. Sebanyak 2 kertas ucap utama (kertas konsep) dan 10 buah kertas kerja akan dibentangkan di sepanjang kolokium ini.

Bagi sesiapa yang berminat boleh mengemelkan kertas kerja penuh ke alamat emel abdjamil@iab.edu.my. Abstrak kertas kerja boleh ditulis dalam Bahasa Melayu. Abstrak hendaklah ditaip menggunakan Microsoft word 97 -2003 bertulisan Times Roman saiz 12 dan tidak melebihi 250 patah perkataan.

Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak: 22 Jun 2011

Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Kerja: 22 Julai 2011

sumber : http://www.iab.edu.my/kolokium11/index.htm

12 April 2011

KIA2M dalam konteks LINUS

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M
oleh
Hasnalee bin Tubah
Jabatan Pengajian Melayu

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan dan bentuk kesukaran membaca dan menulis dalam kalangan murid KIA2M. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian berstruktur berdasarkan soalan soal selidik interpersonal bagi mengumpul data kualitatif. Subjek kajian terdiri daripada 4 orang murid KIA2M yang dipilih secara rambang berdasarkan jantina dengan berdasarkan rekod pencapaian daripada ujian penapisan dan ujian pelepasan 1. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan dan bentuk kesukaran membaca dan menulis murid KIA2M adalah pada paras sederhana lemah. Dapatan kajian ini membawa implikasi bahawa murid KIA2M akan dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan bantuan guru secara sistematik. Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mencadangkan agar kaedah pengajaran guru perlu lebih berfokus kepada murid dan aktiviti dalam kelas. Bagi mencapai tahap tersebut guru KIA2M terlebih dahulu perlu menguasai kaedah pengajaran KIA2M secara khusus dan professional.



Sumber rujukan : http://www.mediafire.com/?3t1x92a445h5lc4

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN