26 February 2013

PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR 2013


Pemeriksaan Kesihatan Pelajar telah berlangsung pada 20 Februari 2013 yang lalu. Terima kasih kepada semua jururawat Klinik Kesihatan Daerah Hilir Perak yang bertugas dalam program ini.

SELAMAT DATANG KE SK SUNGAI DURIAN


Warga SK Sungai Durian mengalu-alukan kedatangan Yang Berusaha Tuan Guru Besar yang baharu iaitu En. Arzmi Bin Mohd Ghazali.

20 February 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24/2013


KEPUTUSAN PERTANDINGAN PENULISAN KHAT PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK

Tahniah diucapkan kepada Dhiya Syafiqah Binti Mohamad Azmi, murid tahun 6 Exora kerana telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan penulisan khat peringkat daerah Hilir Perak.

04 February 2013

SALAM PERPISAHAN



Warga SK Sungai Durian merakamkan salam perpisahan kepada Yang Berusaha Pn. Nor Asiah Binti Ahmad P.J.K (Guru Besar) kerana akan berpindah ke SK Tok Pelita, Pasir Salak ekoran kenaikan pangkat DGA 34. Selamat berpisah dan selamat bertugas di tempat baharu.

Pucuk Pauh Delima Batu,
Anak Sembilang di Tapak Tangan,
Walaupun Jauh Beribu Batu,
Hilang di Mata di Hati Jangan.

Ikhlas daripada : Warga SK Sungai Durian dan warga PIBG SK Sungai Durian.

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN