21 May 2012

MAKLUMAN SARINGAN KHAS LINUS TAHUN 2/2012

1. Seperti yang diumumkan dalam portal SAPS bahawa mulai 22 Mei 2012 (Selasa), pihak sekolah boleh mengisi data Saringan Khas LINUS Tahun 2 sekolah masing-masing.

2. Dipohon kerjasama penuh pihak tuan agar dapat memantau dan memastikan data tersebut dilengkapkan oleh guru mata pelajaran BM dan Matematik (Tahun 2) dan disahkan oleh Setiausaha Peperiksaan sebelum guru-guru pulang bercuti walaupun tempoh masa diberikan adalah selama 2 minggu. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah atau implikasi sekiranya data tersebut tidak dapat diisi kerana melewati tarikh ditetapkan oleh NKRA.

3. Pihak PPD (pegawai meja LINUS dan Pegawai FasiLINUS) diingatkan agar dapat memantau perkembangan pengisian data saringan khas ini dan elakkan pihak sekolah mengisinya di saat-saat akhir. Pelaksanaan Ujian Saringan Khas sepatutnya telahpun tamat pada 18 Mei 2012 (Jumaat lepas) kecuali bagi murid-murid yang tidak hadir semasa ujian saringan khas dijalankan. Murid yang tidak hadir ujian saringan khas ini sepatutnya diusahakan untuk mendudukinya kecuali murid yang TIDAK HADIR TEGAR (tak dapat dihubungi langsung). Mohon inisiatif daripada pihak sekolah dan PPD berhubung perkara ini.

4. Sebarang masalah teknikal dalam mengisi data, harap dapat menghubungi HELPDESK yang tertera pada portal SAPS sebelum menghubungi/maklumkan kepada pihak PPD masing-masing (pegawai FasiLINUS).

17 May 2012

PELAN TINDAKAN PENILAIAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH 1/2012

Tarikh-tarikh penting :

Tarikh
Perkara
Tindakan
14 Mei – 20 Mei 2012
Penyediaan kertas soalan tahun 1 dan tahun 2. (BM, BI, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Pendidikan Jawi).
Semua guru yang terlibat.
21 Mei 2012 -24 Mei 2012
(Isnin – Khamis)
Peperiksaan PKSR 1/2012 dijalankan.
Semua guru.
11 Jun 2012 (Isnin)
1. Pengumpulan markah peperiksaan kepada SUP.

2. Pengisian markah dalam SAPS.
Semua guru.
20 Jun 2012 (Rabu)
Post-Mortem PPT UPSR 2012.
Semua guru tahun 6.
22 Jun 2012 (Jumaat)
Keputusan PKSR 1/2012 diumumkan dan dikeluarkan.
Setiausaha peperiksaan dan Guru Kanan HEM (memaklumkan kepada ibu bapa)

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2012

Sambutan hari guru peringkat sekolah 2012 akan diadakan :

Tarikh : 18 Mei 2012
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan SK Sungai Durian

Perasmian oleh : Pn. Nor Asiah Binti Ahmad (Guru Besar)


TENTATIF PROGRAM

  7.50 pagi       : Murid-murid dan guru-guru mengambil
                          Tempat di Dataran Saujana.
  8.00 pagi       : Nyanyian lagu Negaraku
  8.10 pagi       : Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis.
  8.15 pagi       : Bacaan doa selamat.
  8.20 pagi       : Bacaan perutusan Hari Guru.
  8.20 pagi       : Ucapan perasmian oleh puan guru besar.
  8.30 pagi       : Persembahan koir guru-guru :
                          1. Lagu Guru Malaysia.
                          2. Lagu tema hari guru.
  8.40 pagi       : Persembahan murid-murid :
                          1. Ombak Rindu
                          2. Kalau Berpacaran
  8.50 pagi       : Pertukaran Hadiah dan penyampaian
                          cenderamata sumbangan kelab staf
                          (BEKAS SKUAD).
  9.00 pagi       : Persembahan ‘Terima Kasih…cikgu”.
  9.20 pagi       : Sukaneka
10.50 pagi       : Rehat

07 May 2012

SARINGAN KHAS LINUS TAHUN 2

Dimaklumkan bahawa Saringan Khas Linus Tahun 2 akan dijalankan pada 15 Mei 2012 (Selasa).
Mohon kerjasama para ibu/bapa dan penjaga memastikan kehadiran anak-anak tuan/puan pada 15 Mei 2012 (Selasa).
Saringan Khas LINUS Tahun 2 akan bermula pada 11.00 pagi hingga 12.25 tengah hari.

06 May 2012

PELAN TINDAKAN SELEPAS PENILAIAN PENGESANAN BULAN MAC 2012

Berikut disertakan pelan tindakan guru selepas peperiksaan pengesanan bulan Mac 2012.

1.      Tarikh-tarikh penting :

TARIKH
PERKARA
TINDAKAN
11 Mei 2012
Tarikh tutup pengisian markah dalam SAPS
Semua guru.
Mulai 11 Mei 2012
Tindakan guru kelas :
1. mencetak lembaran markah mengikut kelas masing-masing dalam laman SAPS.
2. melampirkan lembaran markah dalam buku rekod mengajar.
Guru kelas.
Tindakan guru mata pelajaran :
1. mencetak lembaran markah mata pelajaran mengikut kelas masing-masing dalam laman SAPS.
2. mencetak headcount mata pelajaran masing-masing dalam laman SAPS.
2. melampirkan headcount dan lembaran markah dalam buku rekod mengajar.
Guru mata pelajaran.


       1.           

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN