03 January 2012

KESIAPSIAGAAN SEKOLAH UNTUK HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2012

Merujuk edaran Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BPSH-SPDK)201/005/03(06) bertarikh 22 Disember 2011 adalah berhubung perkara diatas. Untuk makluman pihak tuan, berdasarkan keputusan mesyuarat yang dipengerusikan YAB Menter Pelajaran pada 14 Disember 2011 telah memutuskan semua sekolah perlu membuat persediaan rapi bagi menghadapi sesi persekolahan 2012. Jesteru itu, pihak sekolah perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut :
  • Kehadiran guru di dalam kelas : Semua guru perlu berada di dalam kelas.
  • Kekemasan bilik darjah dan ruang P&P.
  • Susun atur kerusi dan meja.
  • Pengurusan buku teks bagi setiap murid.
  • Jadual waktu kelas disediakan dan dipaparkan.
  • Pengajaran dan Pembelajaran berjalan sepanjang masa persekolahan.
  • Semua murid disediakan dengan peraturan disiplin dan ditaklimatkan.
  • Persekitaran sekolah dalam keadaan kondusif.
  • Tandas dalam keadaan bersih dan berfungsi.
  • Tiada sebarang bentuk kutipan yuran atau bayaran tambahan.(Kecuali sumbangan PIBG yang telah dipersetujui oleh pihak PIBG)

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN