1. Seperti yang diumumkan dalam portal SAPS bahawa mulai 22 Mei 2012 (Selasa), pihak sekolah boleh mengisi data Saringan Khas LINUS Tahun 2 sekolah masing-masing.
2. Dipohon kerjasama penuh pihak tuan agar dapat memantau dan memastikan data tersebut dilengkapkan oleh guru mata pelajaran BM dan Matematik (Tahun 2) dan disahkan oleh Setiausaha Peperiksaan sebelum guru-guru pulang bercuti walaupun tempoh masa diberikan adalah selama 2 minggu. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah atau implikasi sekiranya data tersebut tidak dapat diisi kerana melewati tarikh ditetapkan oleh NKRA.
3. Pihak PPD (pegawai meja LINUS dan Pegawai FasiLINUS) diingatkan agar dapat memantau perkembangan pengisian data saringan khas ini dan elakkan pihak sekolah mengisinya di saat-saat akhir. Pelaksanaan Ujian Saringan Khas sepatutnya telahpun tamat pada 18 Mei 2012 (Jumaat lepas) kecuali bagi murid-murid yang tidak hadir semasa ujian saringan khas dijalankan. Murid yang tidak hadir ujian saringan khas ini sepatutnya diusahakan untuk mendudukinya kecuali murid yang TIDAK HADIR TEGAR (tak dapat dihubungi langsung). Mohon inisiatif daripada pihak sekolah dan PPD berhubung perkara ini.
4. Sebarang masalah teknikal dalam mengisi data, harap dapat menghubungi HELPDESK yang tertera pada portal SAPS sebelum menghubungi/maklumkan kepada pihak PPD masing-masing (pegawai FasiLINUS).