18 June 2012

MAKLUMAN SARINGAN 2 DAN SARINGAN 8 TAHUN 2012

1. Saringan 2 dan Saringan 8 untuk Membaca dan Lisan dijalankan mulai 18 Jun - 13 Julai 2012.
2. Pegawai-pegawai PPD akan memantau pelaksanaan saringan Membaca dan Lisan ini mulai 19 Jun.
3. Untuk Saringan 2, semua murid tahun 1 hendaklah disaring semula walaupun telah melepasi aras Perdana pada Saringan 1 yang lepas.
4. Untuk Saringan 8 pula, murid-murid yang menjalani saringan adalah murid Linus biasa dan murid Linus Tegar berdasarkan keputusan Saringan 6 tahun 2011.

Diharapkan pihak sekolah menerusi pengawasan pihak pentadbiran agar melaksanakan saringan Membaca dan Lisan seawal mungkin supaya proses pengulangan saringan dapat dijalankan dan keesahan pencapaian murid lebih berkualiti.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn. Hj. Mohamed Sapari b. Mohamed Arshad, Pegawai Kurikulum (Fasilinus) ditalian 019-5757193.

(Sumber : Portal PPD Hilir Perak)

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN