03 July 2012

UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA PENERIMA APC KPM 2011 DARIPADA TUAN PEGAWAI PPD HILIR PERAK

Kepada Semua Penerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak 2011

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang sepanjang tahun 2011. Penganugerahan ini merupakan penghargaan terhadap kecemerlangan yang telah dicapai oleh warga pendidik. Penganugerahan ini bukanlah penamat kepada usaha untuk mencapai kecemerlangan seterusnya.

Harapan saya perubahan dan penambahbaikan berterusan dalam meningkatkan kualiti kerja yang cemerlang perlu dilakukan untuk merealisasikan hasrat PPD Hilir Perak mencapai matlamat ‘Ke Arah Hilir Perak Nombor 1’ . Setiap program dan aktiviti sewajarnya dilakukan secara bersungguh-sungguh dan ikhlas hati. Tanggungjawab perlu ditunaikan dan sumbangan perlu diberi dan pengorbanan perlu dilakukan supaya hasil dapat dituai dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Zainal Abiddin bin Osman, A.M.P
Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak.

(Sumber:Portal PPD Hilir Perak)

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN