Kepada semua guru LINUS,
Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak telah mengedarkan Modul Linus ( Literasi dan Numerasi ) untuk guru dan murid bagi Tahun 1, Tahun 2 dan tahun 3 ke sekolah tuan.
3. Sehubungan dengan itu, diminta pihak tuan dapat memanfaatkan sepenuhnya penggunaan modul tersebut khususnya untuk murid-murid yang masih berada dalam kategori Linus. Diminta tuan selaku ketua pentadbir sekolah memastikan guru-guru dan murid-murid menggunakan modul tersebut dalam pembelajaran dan pengajaran ketika dalam kelas linus dijalankan.
4. Untuk makluman tuan, pemantauan mengenai program Linus khususnya penggunaan modul ini akan dijalankan oleh Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak mulai 16 Julai 2012.
Sekian, terima kasih.