11 August 2012

TAMBAHAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju agar sekolah-sekolah di negeri Kumpulan B diberi tambahan cuti berganti pada hari Khamis, 16 Ogos 2012. Hari gantinya akan diadakan serentak pada 8 September 2012 (Sabtu) bagi sekolah-sekolah di negeri Perak.
Kelulusan cuti ini hanya akan diberi kepada sekolah-sekolah yang memohon sahaja. Hantar permohonan Cuti Berganti tersebut kepada Unit Perhubungan dan Pendaftar JPN Perak untuk kelulusan. Satu salinan permohonan hendaklah dihantar kepada Penolong PPD Perhubungan daerah Hilir Perak.
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Hj. Ahmad Faisal bin Zakaria di talian 05-6221970 sambungan 205 atau 019-5711527.

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN