07 March 2011

Piagam Pelanggan

Bahawasanya Sekolah Kebangsaan Sungai Durian, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan akan sentiasa memberi layanan yang baik dan berkualiti kepada semua pelanggan kami seperti yang berikut :


PELANGGAN PERTAMA : PELAJAR

1. Semua pelajar akan mendapat tempat apabila mendaftar di sini.

2. Semua pelajar akan mendapat didikan yang maksimum.

3. Semua pelajar akan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan didik hibur.

4. Semua pelajar akan mendapat bahan bantu belajar yang baik dan mencukupi.

5. Semua pelajar akan dibimbing dan dididik supaya berdaya saing, berakhlak dan yakin pada diri sendiri.

6. Semua pelajar akan menerima keputusan peperiksaan dalam tempoh dua minggu peperiksaan dijalankan.

7. Semua pelajar akan melibatkan diri dalam bidang akademik dan kokurikulum.


PELANGGAN KEDUA : KAKITANGAN AKADEMIK

1. Semua kakitangan akademik akan mendapat waktu mengajar yang sepatutnya mengikut kelayakan iktisas.

2. Semua kakitangan akademik akan mengajar mata pelajaran mengikut opsyen.

3. Semua kakitangan akademik akan mempunyai bilik yang kondusif.

4. Semua kakitangan akademik akan mendapat layanan dan kebajikan yang sama dalam apa jua perkara.

5. Semua kakitangan akademik akan diberi peluang dan galakan untuk menyambung pelajaran dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.

6. Semua keperluan bahan bantu mengajar kakitangan akademik akan dipenuhi mengikut peruntukan kerajaan dan suwa.

PELANGGAN KETIGA : KAKITANGAN SOKONGAN

1. Semua kakitangan sokongan akan mempunyai bilik yang kondusif.

2. Semua kakitangan sokongan akan mendapat layanan dan kebajikan yang sama dalam apa jua perkara.

3. Semua kakitangan sokongan akan diberi peluang dan galakan untuk menyambung pelajaran dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.

4. Semua keperluan pengurusan pentadbiran kakitangan sokongan akan dipenuhi mengikut peruntukan kerajaan dan suwa.

5. Semua kakitangan sokongan akan menjawab panggilan telefon selepas deringan yang ketiga.

PELANGGAN KEEMPAT : IBU BAPA / PENJAGA

1. Semua ibu bapa/penjaga akan disambut dengan salam dan senyuman.

2. Semua ibu bapa/penjaga akan mendapat maklum balas aduan/cadangan yang disampaikan dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja.

3. Semua ibu bapa/penjaga akan menerima keputusan peperiksaan anak-anak dalam tempoh dua minggu selepas peperiksaan dijalankan.

4. Semua ibu bapa/penjaga yang membuat sebarang permohonan berkaitan akan diluluskan dengan kadar segera sekiranya borang permohonan yang berkaitan lengkap.

5. Semua ibu bapa/penjaga akan dimaklumkan dengan kadar segera sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.


PELANGGAN KELIMA : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK DAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH HILIR PERAK


1. Sentiasa memberi kerjasama dalam apa jua perkara yang berbangkit.

2. Sentiasa menyampaikan maklumat, menghantar laporan dan data yang berkaitan dengan tepat, telus, dan betul.

3. Sentiasa menyampaikan maklumat, menghantar laporan dan data yang berkaitan mengikut masa yang ditetapkan.

4. Sentiasa memberikan maklum balas dan membalas surat-menyurat yang diterima dengan kadar segera.

E-KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN